Perlawanan Akhir Terbaik – Mehmet Durakovic

Ketua jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic menyifatkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 semalam merupakan perlawanan akhir terbaik yang pernah disaksikan oleh beliau.

Perlawanan diantara pasukan Terengganu FC dan Perak semalam sememangnya layak untuk digelar antara perlawanan akhir terbaik kerana kedua-dua pasukan berjuang sehingga ke minit-minit terakhir permainan.

“Perlawanan yang begitu menakjubkan. Kami ketinggalan namun berjaya bangkit jadi ini menunjukkan betapa anak buah saya sama sekali tidak akan menyerah kalah,” kata Durakovic pada sidang media selepas perlawanan.

“Jadi pujian harus diberikan kepada barisan pemain. Saya gembira dengan kejayaan ini dan biarlah saya menikmatinya bersama keluarga saya.

“Kebangkitan, jaringan gol, kad merah dan kontroversi, semuanya cukup. Mujurlah jantung saya begitu kuat untuk mengharungi perlawanan ini sehingga wisel penamat.”

Perak berjaya menamatkan penantian selama 18 tahun dengan menjuarai Piala Malaysia edisi 2018 dan apa yang membuatkan kejuaraan mereka ini lebih manis ialah Perak berjaya dua kali bangkit daripada ketinggalan dan memaksa perlawanan untuk diheret ke penentuan sepakan penalti.

Ini mengulangi kejayaan yang dilakar Perak pada 20 tahun lalu apabila menewaskan lawan sama juga menerusi sepakan penentuan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 pada final edisi 1998.

Selain sikap tidak mengenal kalah pemain Perak, pengadil juga menjadi tumpuan pada perlawanan semalam. Keputusan yang dibuat oleh Sureah Jayaraman seringkali dipersoalkan terutamanya ketika beliau melayangkan kad merah kepada pemain kedua-dua pasukan.

Suresh pada mulanya melayangkan kad merah kepada Gilmar setelah berlakunya pergaduhan diantara pemain kedua-dua pasukan. Setelah membuang Gilmar, Suresh kemudiannya melayangkan kad merah kepada Lee Tuck dimana perkara tersebut sepatutnya dilakukan dengan lebih awal kerana Tuck telah melakukan beberapa kekasaran sebelumnya.

Baca Juga: Irfan Bakti Tidak Percaya Terengganu FC Tewas

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *