Perlawanan JDT II Menentang Perlis Akan Disiasat
- Liga Perdana
- Feb 18, 2019
- No comment
Perlawanan Liga Perdana 2019 antara Johor Darul Ta’zim II menentang pasukan Perlis berkemungkinan besar bakal disiasat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Badan induk bola sepak negara itu mahu memastikan tindakan yang sewajarnya diambil jika perlawanan tersebut mempunyai unsur ‘jual perlawanan’.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada MFL mengenai perkara tersebut untuk diperiksa dan disiasat sebelum sebarang tindakan diputuskan.
“Saya sudah maklumkan kepada bahagian integriti untuk periksa perkara ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Pemain pertahanan Perlis, Amirizdwan Taj Tajuddin membuat kesilapan apabila hantaran beliau ditampan oleh Nicolas Fernandez pada lewat perlawanan sekaligus menjaringkan gol kemenangan buat JDT II.
Kesilapan yang dilakukan Amiridzwan nyata mendapat reaksi dari ramai pihak dimana beliau dituduh sengaja membuat kesilapan tersebut sekaligus memberikan kekalahan kedua buat Perlis dalam saingan Liga Perdana.
Bekas pemain skuad kebangsaan, Hasnizam Uzir kemudiannya memuat naik satu tweet dimana beliau mempersoalkan sama ada Amirdzwan sengaja memberikan bola tersebut kepada Nicolas. Beliau turut menggesa MFL untuk mengeluarkan Perlis daripada saingan Liga Perdana.
Perlis gol JDT II ni terbagi or biar je bagi, memalukan @MFL_MY @FAM_Malaysia ambil tindakan tegas, kluarkn dari Liga Premier itu keputusan terbaik. Kita ingin didik anak2 bola menjadi insan,jujur & amanah.Bolasepak bkn tempat utk berjudi.Ini sebab pengurusan poyo x byr gaji pic.twitter.com/5bsBIixwA7
— Hasnizam Uzir 哈士尼占穆 (@Nizam_Jb) February 16, 2019
Amiridzwan kemudiannya tampil mempertahankan diri dan beliau membalas kenyataan Hasnizam. Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan itu turut menyatakan mana-mana pihak boleh memeriksa beliau jika benar terlibat dalam gejala yang tidak sihat.
Yes memalukan.. tp rasa xperlu nk pnaskan lgi isu.. abg pun asal dri player jgak kn.. abg xpnah buat mstake lngsung ke zmn main? Klo abg rasa saya involve mnde bkn2 tlg la report dtg chek saya. Saya stil tahu halal haram.. respect is earned not given…
— Amirizdwan Taj (@AmirizdwanTaj24) February 17, 2019
Baca Juga: 7 Pasukan Gagal Hantar Dokumen Lengkap