Pertukaran Formasi Beri Perbezaan Buat Selangor
- Piala FA
- Mar 5, 2018
- No comment
Selangor nyata bergelut sebelum berjaya menewaskan pasukan Liga FAM, MOF FC dalam perlawanan pusingan kedua Shopee Piala FA 2018 dengan keputusan 3-0 semalam hasil jaringan Amri Yahyah, Rufino Segovia dan Syahmi Safari. Selangor berjaya menemui rentak sebenar setelah P.Maniam mengeluarkan Fairuz Abdul Aziz yang digantikan dengan pemain import, Ilham Udin Armayn sekaligus menukar formasi daripada 3-4-3 kepada 4-3-3. Pertukaran formasi ini nyata memberi perbezaan yang amat ketara buat pasukan Selangor.
Jika kita melihat kepada formasi 3-4-3 yang digunakan oleh P.Maniam pada musim ini, ia hanya bertahan sebanyak dua perlawanan Liga ketika Selangor menewaskan pasukan Kuala Lumpur dan Melaka United sebelum pasukan Terengganu FC dan Pahang berjaya mengeksploitasi kelemahan yang ada pada formasi tersebut. Kami juga agak terkejut apabila P.Maniam masih lagi menggunakan formasi ini pada separuh masa pertama semalam. Jadi, kami berpendapat selepas ini P.Maniam akan menggunakan formasi yang berbeza.
Barisan serangan Selangor juga nampak lebih berbahaya apabila percaturan sedia ada diubah pada separuh masa kedua. Kemasukkan Ilham Udin Armayn memberi lebih lagi tenaga di bahagian sayap. Penyerang Selangor, Rufino Segovia dilihat tidak perlu bersusah payah untuk turun ke bawah dan mengutip bola sekaligus Selangor kehilangan target man ketika mahu membentuk gerakan serangan. Dengan perubahan yang dilakukan, beliau hanya perlu menunggu di hadapan sambil menyambut hantaran yang dilakukan oleh kedua-dua peman sayap Selangor. Selain barisan serangan yang lebih efektif, barisan pertahanan Selangor juga lebih kemas dan lebih compact ketika bertahan. Barisan tengah yang dikemudi oleh Abdul Halim Zainal dan Evan Dimas juga berjaya melakukan tugasan yang baik.
Pada perlawanan menentang pasukan Perak dalam saingan Unifi Liga Super 2018 pada 11 Mac nanti, kami menjangkakan P.Maniam akan menggunakan percaturan 4-3-3 berbanding 3-4-3. Kami pasti beliau sudah melihat kelemahan kepada percaturan 3-4-3 yang selalu beliau gunakan sebelum ini. Tambahan pula, Selangor harus segera mengutip kemenangan dalam saingan Liga Super bagi meredekan sedikit tekanan daripada peminat Selangor yang mahukan beliau digantikan dengan jurulatih lain.