Peruntukan Pasukan Perak Dikurangkan

Peruntukan yang bakal diberikan kepada juara Piala Malaysia 2018, Perak nampaknya tidak semewah seperti musim sebelumnya apabila kerajaan negeri bakal mengurangkan dana yang akan diberikan kepada pasukan pada musim hadapan.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, langkah pengurangan peruntukan juga melibatkan penaja utama pasukan iaitu Lembaga Air Perak (LAP).

“Kami akan bincangkan mengenai peruntukan daripada LAP kepada pasukan bola sepak Perak dalam mesyuarat lembaga pengarah LAP pada 6 Disember ini, tapi saya berhasrat mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan pasukan bola sepak.

“Namun kita perlu sedar bola sepak sukan yang diminati ramai lagipun Perak akan mewakili negara beraksi pada playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan,” katanya kepada Berita Harian.

Perak memulakan langkah pengurangan bajet dimana mereka telah melepaskan beberapa pemain seperti pemain import, Jad Nourredine dan Misagh Bhadoran serta pemain sayap, Nazrin Nawi.

Menurut Nazrin, meskipun Perak menawarkan kontrak baru, beliau akan menolak kerana sepanjang musim 2018 beliau tidak menjadi pilihan ketua jurulatih dan jarang diturunkan dalam kesebelasna utama.

“Jika Perak hendak sambung, saya sendiri tidak mahu kerana sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Saya bukan pilihan utama dan kurang mendapat peluang beraksi.

“Jadi, lebih baik saya berpindah dan mencari pasukan di mana saya akan mendapat kesempatan bermain agar tidak ‘berkarat’,” katanya kepada Stadium Astro.

Tambah Ahmad Faizal, beliau menghadarpkan Perak dapat melepasi cabaran di peringkat kelayakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 dimana perak dijadualkan bertemu kelab dari Hong Kong, Kitchee FC.

“Jadi kami akan kaji perkara ini (peruntukan) dan apa juga tajaan daripada LAP kami akan pastikan ia tidak membebankan,” tambah Ahmad Faizal.

Apa yang pasti, Perak memerlukan pemain yang berkualiti bagi mengekalkan momentum cemerlang pasukan dan memberikan cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan. Diharapkan pengurangan peruntukan ini tidak memberi kesan yang besar ke atas pasukan kerana Perak berpotensi untuk menjadi pasukan yang menjadi pencabar kejuaraan.

Baca Juga: Jawatankuasa Eksekutif PAFA Buat Pusingan U

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *