Peter Butler Mangsa Terbaru Kekerasan Liga Indonesia
- Luar Negara
- Oct 9, 2018
- No comment
Bekas pengendali Kelantan dan Terengganu, Peter Butler menjadi mangsa terbaru kekerasan Liga 1 Indonesia apabila beliau dipukul oleh pemain dan pegawai Barito Putera setelah perlawanan pasukan beliau, PSMS Medan dengan Barito yang berakhir dengan keputusan 3-3.
Apabila pengadil meniupkan wisel penamat, Butler kemudiannya menghampiri pengadil, Nendi Rohaendi kerana mahu mengucapkan tahniah diatas kecekapan beliau dalam mengawal perlawanan yang berada dalam keadaan tegang.
First time in my career last night great 3-3 result for the lads at Barito – went to the ref after game to say well done in difficult circumstances- was booted kicked punched and ambushed by 20/30 locals officials players coaching team / fans – punches boots rained in – cowards
— Peter James Butler (@Petebutts4Yes) October 8, 2018
Secara tiba-tiba, pegawai Barito Putera menumbuk Butler dan perkara ini menimbulkan kekecohan sehingga pemain Barito turut terlibat.
Butler nyata kesal dengan tindakan pegawai dan pemain Barito dan menyifatkan mereka sebagai “Binatang liar”. Beliau pernah berada dalam situasi yang tegang setelah 30 tahun bergelar sebagai jurulatih namun beliau menjelaskan tidak pernah dipukul.
I’ve been in some difficult situations in my career but never experienced anything like last night in 30 yrs – it was like a pack of wild animals – thank god military got me off the pitch
— Peter James Butler (@Petebutts4Yes) October 8, 2018
Butler turut mengucapkan terima kasih kepada pihak tentera yang melindungi serta membawa beliau keluar daripada kekecohan tersebut.
#Military thanks without them I was another casualty – #cowards #badansakitsekali
— Peter James Butler (@Petebutts4Yes) October 8, 2018
Berikut adalah kejadian penuh dimana Peter Butler dipukul:
Pihak Barito Putera menerusi penolong pengurus pasukan, Syarifuddin Ardasa kemudiannya menafikan Butler dipukul malah mereka menuduh Butler yang memulakan provokasi dengan menolak salah satu pegawai pasukan, Yunan Helmi. Setelah menafikan, Barito Putera kemudiannya meminta maaf kepada Butler di atas insiden yang berlaku.
Apa yang pasti, bola sepak Indonesia perlu segera bangkit daripada episod hitam iaitu kekecohan di kalangan penonton dan juga pegawai bagi mengelakkan satu lagi nyawa melayang dek kerana tindakan melulu mereka.
Baca Juga: Liga 1 Indonesia Dihentikan Selama Dua Minggu