[Piala Dunia] Griezmann Sedang Diasah Menjadi Seperti Zidane

Antoine Griezmann boleh dikatakan sebagai pemain terbaik Perancis di Piala Dunia 2018 Rusia dengan tiga gol yang sudah dia hasilkan. Dan Paul Pogba percaya bahawa rakan sepasukannya itu sedang menempuh jalan yang tepat untuk menjadi salah satu legenda Les Bleus. Perancis akan bertemu dengan Croatia di final Piala Dunia 2018 Rusia, malam ini. Griezmann pun diramal akan sekali lagi menjadi senjata utama Perancis dan berpeluang menambah koleksi golnya.

Perlawanan itu tidak akan mudah, Croatia sudah membuktikan diri sebagai pasukan underdogs yang tak mudah dikalahkan. Di atas kertas Perancis memang lebih diunggulkan, tetapi perlawanan sebenarnya terjadi di atas padang dan Croatia terbukti pasukan yang tak boleh diremehkan.

Pogba pun percaya Griezmann akan segera menjadi legenda Perancis sebagaimana yang dilakukan Zinedine Zidane beberapa tahun lepas. Baginya, karakter Griezmann sangat disukai oleh masyarakat Perancis.

“Zinedine Zidane adalah legenda dan ikon bolasepak, dan Griezmann sedang berada di jalan menuju salah satu legenda juga,” kata Pogba yang dipetika dari marca.

“Dia adalah orang yang sangat disukai di Perancis, dalam dia membuktikan kehebatannya, dan saya ingin dia melakar gol di final.”

Ditanyakan tentang Croatia sebagai lawan Perancis nanti, Pogba mengaku perlawanan itu tidak akan berjalan mudah. Walaupun ramai pihak yang menilai Perancis diuntungkan dengan lelahnya para pemain Croatia kerana menghadapi perlawanan kalah mati lebih dari waktu biasa, tetapi Pogba merasakan perkara itu tidak terlalu penting.

CroaTia bermain selama 120 mInit di tiga perlawanan sebelum final, dua di antaranya diselesaikan dengan penentuan sepakan penalti. Perkara ini dianggap sebagai salah satu keuntungan Perancis.

“Saya tidak terlalu letih, Croatia adalah kerugian mereka, ketika melawan England mereka tak pernah menyerah.” “Saya sedar kekalahan selalu menyakitkan, jadi kami ingin mengakhiri kejohanan ini dengan baik,” kata Pogba.

Sumber: Bola.net

BACA JUGA:(Piala Dunia)Siapa pengadil dalam perlawanan akhir Perancis dan Croatia? 

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *