(Piala Dunia) Kylian Mbappe melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya Dilakukan Pada Separuh Akhir
- Piala Dunia
- Jul 11, 2018
- No comment
Phenom Perancis Kylian Mbappe sedang bermain bola sepak seperti seorang bintang yang berpengalaman di puncak permainannya dan dia hanya berumur 19 tahun.
Kylian Mbappe sebelum ini telah menunjukkan kebolehannya, selepas Perancis berjaya menyingkirkan Argentina dalam pusingan 16 pasukan terakhir, pada masa Perancis mula menunjukkan prestasi yang baik di Rusia.
Kini Perancis telah berjaya masuk ke perlawanan akhir Piala Dunia, dan usaha Mbappe di atas padang sedikit sebanyak menyumbang ke arah kejayaan Les Bleus.
Secara jujurnya, pemain tidak patut melakukan apa yang dilakukan Kylian Mbappe pada usianya yang begitu muda. Melainkan mereka adalah Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, atau Pele.
Kylian Mbappe adalah seorang pemain yang berbeza jika dibandingkan dengan 3 pemain terhebat sepanjang masa itu, dan sudah tentu belum mencapai apa-apa (lagi) untuk sewajarnya dibandingkan dengan 3 pemain hebat itu.
Tetapi dia dilihat memliki bahan-bahan di dalam dirinya untuk berjaya seperti mereka, dan bahan-bahan itu sedang menggelegak di dalam kawah ketika mana Perancis sedang bersedia untuk cuba memenangi gelaran Piala Dunia kedua pada pagi malam Ahad nanti.
Sejurus selepas bermulanya perlawanan menetang Belgium pada peringakt separuh akhir, pemain muda itu telah membuat satu kenyataan kepada Belgium bahawa pemain yang mengawal beliau akan berada dalam keadaan yang teruk sepanjang perlawanan di St Petersburg.
Menerima bola di sayap kanan berhampiran garisan tengah, Mbappe mengacah untuk masuk ke tengah sebelum memusing tajam ke arah lain meninggalkan Jan Vertonghen tersalah langkah, sebelum menekan butang nitro untuk mengatasi Moussa Dembele secara menyeluruh.
Tendangan silangnya amat cantik sekali namun barisan penyerang Perancis gagal untuk menemui sentuhan yang dapat menggegarkan gawang Belgium.
Statistik pada sepenuh masa akan menceritakan kisah di mana satu Belgium menjadi pihak yang dominan dalam pemilikan bola dan seolah-olah melontarkan Perancis keluar padang dengan hantaran-hantaran yang kemas.
Sebenarnya, enam pemain Belgium membuat hantaran lengkap yang lebih banyak berbanding pemain Perancis dengan hantaran lengkap paling banyak (N’Golo Kante, 40 daripada 43 hantaran). Tetapi dengan terang-terangnya, Perancis mencipta lebih banyak peluang.
Kylian Mbappe menerajui metrik ciptaan peluang untuk Perancis dengan enam untuk dirinya sendiri dan rakan sepasukannya, diikuti Paul Pogba dan Antoine Griezmann (tiga peluang setiap satu).
Ancaman dari barisan penyerang Perancis ini sepanjang perlawanana membuktikan ia telah menghantui minda pemain pertahanan Belgium. Tidak kiralah betapa tenangnya Red Devils dengan pemilikan bola mereka yang banyak, Mbappe dan rakan-rakan akan sentiasa mencari jalan untuk mencipta kekacauan kepada mereka.
Aksi pada minit ke-12 adalah contoh yang sempurna, Pogba menunjukkan kemahiran yang hebat untuk melepaskan diri dari bayangan pemain Perancis di kawasan sendiri, mengawal bola dengan baik dan hantaran lansung yang cantik kepada Mbappe, namun penjaga gol Belgium Thibaut Courtois berjaya melitupi bola itu.
Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang cuba untuk mendapat tandatangan phenom bola sepak Perancis tetapi gagal, telah lama menjadi peminat bakat yang berusia 19 tahun itu.
“Dia adalah sejenis pemain yang selalu memberi anda harapan ketika dia mendapat bola yang dia akan melakukan sesuatu yang istimewa. Menontonnya menenangkan hati,” kata Wenger kepada BeIN Sport.
Sama sekali tidak jika anda dari Belgium. Kylian Mbappe kelihatan bertekad untuk membuat sesuatu yang istimewa untuk Perancis. Dalam satu lagi aksi, dia pancung ke dalam dan berjaya menarik tiga pemain Belgium untuk mengikutinya sebelum berjaya mengalahkan mereka, membuat hantaran ke arah Benjamin Pavard yang melihat percubaannya diselamatkan dengan baik oleh Courtois.
Aksi terbaik pemain Paris St Germain masih belum ditunjukkan.
Perancis mendahului perlawanan 1-0 menerusi tendangan sudut Paul Pogba yang ditanduk masuk oleh Samuel Umtiti, tetapi Mbappe tidak henti-henti dengan usahanya untuk memberi tekanan kepada pihak lawan.
Menerima “flick” bijak dari Blaise Matuidi dalam kotak penalti, Mbappe menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai rasa hormat kepada taraf seniority atau reputasi dengan membuat hantaran “back heel”di kawasan yang padat dengan pemian untuk mencari Olivier Giroud.
Giroud tidak dapat melakukan tendangan yang bersih pada gawang dan itu telah menggambarkan prestasi dinginnya di kejohanan Piala Dunia setakat ini. Hantaran tidak masuk akal Mbappe di depan gawang itu telah merumuskan persembahan yang menakjubkan untuk pasukan Perancis yang akan beraksi di peringkat akhir Piala Dunia.
Sama ada akan berdepan Croatia atau England, Mbappe dapat merasakan bahawa dia akan amok di atas tanah padang nanti dengan gembiranya untuk mencipta sejarah dan takdir yang menunggu untuk dipenuhi.
BACA JUGA: (Piala Dunia) Mengapa ” It’s Coming Home ” Menjadi Definisi Harapan England?
Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X
Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!