(Piala Dunia) Lagi Insiden Wartawan Wanita Dicium Dan Diraba!
- Piala Dunia
- Jun 24, 2018
- No comment
Minggu lalu ramai yang marah ketika wartawan dari Colombia, Julieth Gonzalez Theran telah diraba dadanya dan dicium oleh seorang peminat ketika dia sedang melaporkan berita.
Dan sekarang satu rakaman telah muncul menunjukkan satu lagi wartawan wanita lain yang menjadi sasaran perbuatan tak senonoh oleh peminat ketika dia sedang membuat laporan.
Saksikan rakaman video itu DI SINI.
Sumber Gambar: Aftonbladet TV
Mahlin Wahlberg cuba sedang membuat laporan secara langsung ke negara asalnya Sweden sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Korea Selatan. Tetapi ketika dia sedang bercakap, seorang peminat Sweden yang kurang ajar melompat dari kumpulan penonton yang sedang menuju ke perlawanan di Nizhny Novgorod untuk meraba dan mencium pengacara wanita itu.
Mahlin mengendahkan perbuatan peminat itu untuk terus membuat siarannya, tetapi kemudiannya dia dikerumuni oleh beberapa orang peminat yang lain yang meraba dan menyentuhnya di tempat yang tidak sesuai.
Wartawan yang bekerja untuk penyiar Sweden Sportbladet, berjaya mengekalkan ketenangannya untuk mengakhiri laporannya.
Tetapi kes wartawan wanita kedua yang telah digomol oleh peminat-peminat bola sepak yang sedang berseronok menaikkan semangat, tidak diterima dengan baik oleh pihak media yang lain.
Sekarang terdapat kebimbangan yang besar mengenai keselamatan pengacara wanita daripada kelakuan tidak senonoh oleh penyokong-penyokong bola sepak.