(Piala Dunia) N’Golo Kante Wajar Diangkat Sebagai Wira
- Piala Dunia
- Jul 16, 2018
- No comment
Kejayaan Perancis memenangi gerlaran kedua Piala Dunia dengan menewaskan Croatia semalam nyata memberikan kegembiraan kepada seluruh peminat pasukan Perancis di seluruh dunia. Pemain seperti Antione Griezmann, Kylian Mbappe dan Paul Pogba diangkat sebagai wira pasukan kali ini. Namun, kami berpendapat N’Golo Kante juga wajar diangkat sebagai wira Perancis.
Pemain yang diibaratkan mempunyai 15 jantung oleh Paul Pogba ini menunjukkan persembahan yang cemerlang dengan mengawal bahagian tengah Perancis dalam kesemua perlawanan bermula dari peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir.
Kante dilihat mudah untuk mematahkan gerakan serangan lawan apabila beliau bijak untuk mencuri bola dari kaawalan pemain lawan ketika mereka hendak memulakan gerakan serangan. Selain itu, kualiti hantaran yang dimiliki Kante juga berjaya menyumbang kepada kecemerlangan Perancis dalam temasya kali ini.
Ketika barisan serangan Perancis melancarkan serangan, mereka tidak perlu risau jika kehilangan bola kerana ada Kante yang boleh melindungi mereka. Sama halnya dengan barisan pertahanan Perancis. Tugas mereka menjadi lebih ringan dengan kehadiran Kante yang boleh melindungi mereka.
Walaupun pada perlawanan akhir semalam Kante dilihats edikit bergelut sehingga beliau terpaksda dikeluarkan dan digantikan dengan Corentin Tolisso, namun sumbangan Kante memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau merupakan enjin utama di bahagian tengah pasukan Perancis.
Persembahan cemerlang N’Golo Kante pada temasya Piala Dunia kali ini sudah pasti bakal menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah seperti Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Barcelona untuk mendapatkan khidmat beliau. Chelsea nampaknya bakal berdepan kesukaran untuk mengekalkan khidmat beliau musim hadapan.
Apa pendapat anda mengenai persembahan N’Golo Kante bersama pasukan Perancis pada temasya Piala Dunia edisi kali ini ? Adakah beliau layak digelar sebagai antara wira yang memastikan Perancis mendakap kejuaraan kedua dalam sejarah Piala Dunia ?
Atau ada pemain lain yang lebih layak untuk dilabel sebagai wira pasukan Perancis dalam temasya Piala Dunia kali ini ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.
Baca Juga: Les Blues Raih Kejuaraan Kedua Piala Dunia!