(Piala Dunia) Perlawanan Akhir 2018, 5 Perkara Untuk Anda Tahu!

Pada malam Ahad nanti, satu bulan dan satu hari selepas Piala Dunia 2018 bermula di Rusia, ia akan memuncak dengan perlawanan terbesar dalam bola sepak antarabangsa. Perancis atau Croatia akan menjadi juara dunia apabila mereka bertembung di perlawanan akhir nanti. Berikut adalah lima perkara yang perlu diketahui mengenai perlawanan akhir itu.

1) Pasukan Eropah mendominasi Piala Dunia

Perlawanan akhir yang melibatkan 2 pasukan Eropah telah dijamin pada peringkat separuh akhir, apabila Croatia menentang England dan Perancis menentang Belgium. Malah di peringkat suku akhir, ia sudah kelihatan akan berlaku dengan hanya dua pasukan Amerika Selatan (Uruguay dan Brazil) yang bersaing dengan enam pasukan Eropah. Sesiapa yang menang pada perlawanan malam Ahad nanti, satu lagi pasukan Eropah akan menjadi juara dunia sekali lagi.

Daripada lapan lapan final Piala Dunia, termasuk yang satu ini, hanya dua telah dimenangi oleh pasukan di luar Eropah (kedua-duanya Brazil, 1994, 2002). Tarik keluar Brazil dan anda perlu kembali ke kemenangan 1986 Argentina untuk mencari pemenang bukan dari Eropah. Eropah sememangnya mempunyai kelebihan statistik, dengan 14 peserta yang memulakan kejohanan ini (13 pasukan kualifikasi ditambah dengan tuan rumah Rusia) berbanding Amerika Selatan yang mempunyai lima wakil di kejohanan kali ini.

2) Croatia adalah negara terkecil bermain di perlawanan akhir selama 68 tahun

Dengan hanya populasi seramai 4.2 juta orang (lagi kecil dari populasi Selangor dengan 5.79 juta orang mengikut statistik 2013), Croatia adalah negara terkecil yang pernah mencapai perlawanan akhir sejak Uruguay pada tahun 1950. Uruguay memenangi kejuaraan tahun itu dengan mengalahkan Brazil 2-1 (namun perlu ditegaskan bahawa perlawanan pada 1950 secara teknikalnya bukan perlawanan akhir, tetapi perlawanan kumpulan empat pasukan yang memutuskan siapa menjadi juara). Secara perspektifnya pencapaian Croatia ini adalah satu pencapaian yang luar biasa memandangkan mereka hanya mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia pada tahun 1991.

Dengan tidak meremehkan pencapaian mereka berjaya ke perlawanan akhir, ia perlu diingatkan bahawa Croatia begitu beruntung kerana berada di “pool” pasukan yang lebih senang di pusingan kalah mati. Croatia telah menentang Denmark pada pusingan kedua, kemudian Rusia di suku akhir, dan England di separuh akhir. Tiada satu pun daripada tiga pasukan yang berada dalam 10 kedudukan teratas FIFA (Croatia adalah pasukan di kedudukan ke-20). Mungkin Croatia layak mendapat “pool” pasukan itu selepas mereka muncul juara dalam kumpulan paling sukar di kejohanan paling sukar di kejohanan kali ini dengan mengalahkan Argentina, Nigeria dan Iceland.

3) Luka Modric vs N’Golo Kante

Dalam kejohanan tahun ini Modrić memainkan peranana yang amat penting dalam memimpin negaranya untuk menang perlawanana separuh akhir atas England. Pada mulanya dia dikongkong oleh pemain England yang telah membuat persediaan rapi untuk menghadapinya, Modrić bergelut untuk mengerakkan rentak permainan Croatia setelah ketinggalan 1-0. Pada babak kedua, dia menunjukkan mengapa dia adalah salah seorang pemain terbaik di Piala Dunia, bergerak ke sayap kanan dan mencari ruang untuk menggerakkan serangan Croatia. Berumur 32 tahun, Modrić tahu ini adalah peluang pertama dan terakhir untuk dia menjulang trofi Piala Dunia bersama negaranya dan peluangnya nampak cerah kali ini.

N’Golo Kanté akan cuba menghentikannya. Pemain tengah Chelsea ini gembira menjadi wira yang tidak digembar-gemburkan buat pihak Perancis (walaupun sekarang banyak pihak yang menyanyikan puji-pujian kepadanya) dan peranan utama di enjin Perancis yang berjalan dengan baik sepanjang jalan ke perlawanan akhir. Sejak Perancis mencapai peringkat kalah mati, Kanté telah menjadi “Encik Konsistensi”, menangani, memintas, dan menggangu permainan lawan tanpa membawa bola, dan membuat enjin Perancis berjalan dengan lancar. Dia melakukan tugas yang baik untuk senyapkan enjin kreatif Belgium di separuh akhir dan dia akan diminta melakukan perkara yang sama terhadap Croatia.

4) Croatia bagus dalam penalti. Adakah Perancis?

Croatia telah melalui dua penentuan sepakan penalti dan tiga perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan dalam kejohanan itu. Di dalam pusingan 16 pasukan terakhir menentang Denmark, penjaga gol Croatia, Danijel Subašić menyelamatkan tiga penalti dan diikuti dengan satu lagi penalti yang diselamatkan dalam penentuan suku akhir menentang Rusia. Croatia hanya menjadi pasukan kedua dalam sejarah Piala Dunia untuk memenangi dua penentuan sepakan penalti berturut-turut dan sekiranya mereka perlu melaluinya sekali lagi, mereka akan berasa yakin dengan Subašić sebagai penjaga gol mereka.

Perancis tidak melalui penentuan sepakan penalti di Piala Dunia sejak perlawanan akhir 2006, apabila mereka kalah kepada Itali. Mereka telah berjaya mengelakkan diri daripada melalui penentuan penalti yang ditakuti itu di peringkat kalah mati setakat ini dan melakukan perkara yang sama semasa perjalanan mereka ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah 2016. Perancis mungkin tidak perlu risau tentang kekurangan pengalaman mereka keranan selain daripada kekalahan mereka pada 2006, hanya satu daripada 19 perlawanan akhir Piala Dunia yang telah diselesaikan dengan penentuan sepakan penalti (kemenangan Brazil ke atas Itali pada 1994).

5) Perancis Pernah Bermain Di Peringkat Akhir Piala Dunia

Ini adalah penampilan di perlawanan akhir Piala Dunia yang ketiga buat Perancis dalam enam kejohanan terakhir. Pada tahun 1998, sebagai tuan rumah, Perancis telah menunggang gelombang kebanggaan negara untuk memenangi trofi untuk kali pertama, secara menyeluruh mengalahkan Brazil pada perlawanan akhir. Kapten hari itu, Didier Deschamps, akan mengetuai Perancis sebagai jurulatih pada hari Ahad ini. Mereka juga pernah merasai kekalahan di peringkat akhir Piala Dunia apabila kalah melalui penentuan penalti kepada Itali pada tahun 2006. Baru-baru ini, sebagai tuan rumah Euro 2016, Perancis menjadi pilihan utama di perlawanan akhir menentang Portugal. Mereka kalah, 1-0.

Ini adalah penampilan pertama Croatia pada perlawanan akhir, satu pencapaian yang telah melampaui pencapaian generasi emas mereka yang terkenal yang hanya menduduki tempat ketiga pada tahun 1998. Mungkin ramai yang berfikir Croatia mungkin cukup gembira dengan pencapaian setakat ini, atau kepenatan kerana terpaksa beraksi di tiga perlawan yang berlanjutan ke masa tambahan, tetapi peluang untuk menjadi hanya negara kesembilan untuk memenangi Piala Dunia akan manaikkan semangat mereka.

BACA JUGA: [Piala Dunia] Penyebab Pasukan England Gagal Ke Final Piala Dunia 2018

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *