(Piala Dunia) Sambutan kemenangan Perancis bertukar kecoh di Paris

Kemenangan Perancis ke atas Kroatia di akhir Piala Dunia 2018 diraikan secara besar-besaran oleh penyokong Perancis dalam keadaan baik di sekitar Stadium di Mascow(Rusia) dan di tempat-tempat lain kota Perancis, akan tetapi berbeza pula di Paris apabila berlaku kekecohan semasa meraikan kemenangan Juara Piala Dunia itu.

Menurut Reuters, penyokong pasukan Perancis yang dalam keadaan bergembira dengan kemenangan mulai turun ke jalan. Ketika hari mulai gelap, ribuan penyokong mula melakukan kekecohan dengan memlempari petugas.

Polis yang bertugas segera menghentikan tindakan tersebut. Namun, beberapa kelompok dalam jumlah yang besar  melempari dengan mengunakan mercun dan botol minuman.

Belum diketahui jumlah kerugian dan kecederaan yang di hadapi petugas dalam kekecohan itu. Namun sehingga kini, belum ada keterangan rasmi dari pihak Polis di Paris.

Pasukan Kebangsaan Perancis baru sahaja memastikan gelaran juara piala Dunia 2018 di Rusia milik mereka. Pada perlawanan akhir mereka berjaya mengalahkan Kroatia dengan keputusan 4-2.

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Baca lagi: Les Blues Raih Kejuaraan Kedua Piala Dunia!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *