(Piala Dunia) Wartawan diraba dan dicium ketika sedang bersiaran langsung

Wartawan colombia Julieth Gonzalez Theran bekerja di syarikat TV Jerman diraba ketika dihampiri oleh peminat bola sepak.

Seorang wartawan sukan wanita yang berada di Rusia dicium dan diraba sebelum menghantar rakaman insiden itu ke media sosial.

Wartawan Colombia, Julieth Gonzalez Theran bekerja untuk saluran Jerman Deutsche Welle di bandar Saransk, Rusia.

Baca Lagi: [Piala Dunia] Penyokong Harimau Malaya Pun Pernah Buat!

Dalam video itu, Theran dilihat berada di tengah-tengah peminat bola sepak. Dia memberitahu  bahawa di belakangnya adalah jam ‘countdown ‘ bagi piala dunia di bandar Rusia.

Semasa dia  melaporkan berita  di hadapan kamera, seorang peminat menerpa terus  dan meletakkan tangan di atas payu dara Theran sebelum menciumnya di pipi.

Theran meneruskan melaporkan berita kepada kamera tanpa terganggu oleh tindakan peminat.

Sumber Gambar: Mirror.co.uk

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *