(Piala Dunia) Xherdan Shaqiri, Dari Rusia Terus ke Anfield?
- Luar Negara, Piala Dunia
- Jun 8, 2018
- No comment
Piala Dunia belum lagi berlangsung namun desas-desus perpindahan pemain di kelab-kelab Eropah sudah mula menjadi hangat. Baru-baru ini dikatakan Liverpool berminat untuk menandatangani Xherdan Shaqiri sebagai pemain mereka. Jürgen Klopp mahu meningkatkan skuadnya dengan merekrut dua lagi pemain penyerang. Nabil Fekir tetap menjadi sasaran utama, walaupun Lyons setakat ini menolak untuk menetapkan harga bagi pemain antarabangsa Perancis yang berbakat itu.
Shaqiri telah menyatakan dia akan meninggalkan Stoke City selepas kegagalan mereka untuk kekal di Liga Perdana Inggeris musim ini dan dikatakan mempunyai klausa pelepasan beranggaran sebanyak £ 12-13 juta. Penyerang Switzerland itu berkata dia mahu kekal di England dan harga klausa itu akan menarik minat beberapa kelab dengan Everton dan Southampton juga menimbang untuk membeli pemain berusia 26 tahun itu. Mark Hughes, pengurus Southampton, menandatangani Shaqiri untuk Stoke pada 2015.
Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Xherdan Shaqiri akan meninggalkan kelab stoke city musim panas ini. Xherdan Shaqiri telah menyatakan yang dia mahu kekal di Liga Peerdana Inggeris kerana liga ini paling sesuai dengan corak permainan beliau. Tetapi Xherdan Shaqiri tidak mahu menutup pintu kepada tawaran bermain di liga-liga lain.
Klopp tidak mempunyai rancangan khusus untuk menandatangani pemain “natural” No 9 pada musim panas ini dan mahu pemain serba boleh menyerang yang akan meningkatkan persaingan dengan Sadio Mané, Mohamed Salah dan Roberto Firmino, yang memikul tanggungjawab untuk Liverpool musim lalu.
Kejayaan Liverpool dalam aspek pembelian baru-baru ini dengan Firmino, Mané dan Salah di mana ketiga-tiga mereka ditandatangani untuk bayaran awal yang digabungkan berjumlah £ 94.9 juta, telah menyukarkan Liverpool musim ini. Kelab-kelab lain tidak mahu dilihat sebagai pasukan seterusnya yang menjual pemain pada harga murah kepada Liverpool.
Setidak-tidaknya Xherdan Shaqiri memberi pilihan yang menraik buat Liverpool kerana harganya sudah diketahui umum dan Stoke City tak berhak untuk meminta harga yang tinggi lebih dari yang termaktub di dalam klausa perpindahan Xherdan Shaqiri.
Roma juga menjadi halangan sukar bagi Liverpool untuk menandatangani penjaga gol Alisson, yang merupakan pilihan pertama mereka. Manakala Jan Oblak dari Atletico Madrid mempunyai klausa pelepasan £ 88 juta. Klopp telah merekrut Nabi Keïta (£ 52 juta) dan Fabinho (£ 39.3) untuk musim ini.
ANDA MUNGKIN BERMINAT: 4 Bintang Swiss Yang Bakal Menyinar!
Mungkin anda juga berminat dengan post dari Liverpool Echo Ini