PKNS FC Hanya Kekalkan 10 Pemain
- Liga Super
- Dec 4, 2018
- No comment
Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC mengambil keputusan untuk mengekalkan 10 pemain tempatan dan seorang pemain import daripada skuad musim 2018 bagi membawa cabaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini diumumkan oleh kelab tersebut di laman web rasmi pasukan pada semalam. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan PKNS FC.
Sumber Gambar: PKNS FC
“Berdasarkan perubahan lanskap bola sepak negeri Selangor dan juga Malaysia, PKNS FC akan bersaing dengan cara yang berbeza.
Antara langkah wajar yang dirasakan perlu adalah dengan pemotongan bajet termasuk gaji pemain yang ditetapkan secara siling.
Walaupun begitu, PKNS FC tetap optimis kejayaan mampu dicapai dengan dengan beberapa musim sebelum ini PKNS FC beroperasi dengan bajet sederhana, asalkan pasukan diurus tadbir secara korporat dan profesional.
Dengan langkah yang diambil ini, PKNS FC hanya mengekalkan 11 pemain musim 2018 termasuk mengekalkan seorang pemain import dengan 8 daripadanya berumur di bawah 25 tahun.
Pemain tersebut adalah seperti berikut :-
1. Muhammad Zarif Irfan bin Hashimuddin (Penjaga Gol) – 23 Tahun
2. Tauffiq Ar Rasyid bin Johar (Penjaga Gol) – 22 Tahun
3. Rodney Calvin Akwensivie (Pertahanan Tengah) – 22 Tahun
4. Mohamad Qayyum bin Marjoni Sabil (Pertahanan Kiri) – 24 Tahun
5. Nik Mohd Shahrul Azim bin Abdul Halim (Pertahanan Kanan) – 27 Tahun
6. P Gunalan (Pertahanan Kanan) – 37 Tahun
7. K Gurusamy (Pemain Tengah) – 29 Tahun
8. Mohd Faizat bin Mohamad Ghazli (Pemain Sayap) – 23 Tahun
9. Muhammad Alif Haikal bin Mohd Sabri (Pemain Sayap) – 23 Tahun
10. Muhammad Jafri bin Muhammad Firdaus Chew (Penyerang) – 21 Tahun
Pemain import yang dikekalkan pula adalah Romel Morales Ramírez yang berusia 21 tahun manakala pemain serba boleh, Daniel Sang Ting memilih untuk bersara dan berhijrah ke Australia.”
10 pemain tempatan yang dikekalkan menjadi antara pemain yang menampilkan persembahan yang baik bagi PKNS dalam saingan Liga Malaysia musim 2018. Namun satu perkara yang sedikit mengejutkan ialah keputusan yang diambil oleh pemain kacukan, Daniel Ting.
Daniel beraksi dengan cemerlang sama ada beliau diletakkan di posisi pertahanan kiri ataupun di bahagian tengah pasukan.
Baca Juga: Sylvano Comvalius Jadi Rebutan Pasukan Liga Super