Previu Liga Malaysia 2018: Berbaloikah Pengorbanan Pahang ?
- Liga Super
- Jan 26, 2018
- No comment
Musim 2017 merupakan musim yang boleh dikatakan musim yang baik buat pasukan Pahang FA. Mereka memulakan saingan Liga Super dengan cemerlang apabila menduduki tangga teratas Liga. Pahang juga berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA namun tewas kepada Kedah. Mereka mula dicanang sebagai pasukan yang mampu mencabar Johor Darul Ta’zim bagi mahkota Liga Super. Namun, pada akhirnya, anak-anak buah Dolla Saleh harus mengaku kalah kepada JDT untuk kejuaraan Liga Super. Pahang juga menolak untuk bermain dalam kejohanan AFC dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada saingan domestik. Persoalannya adalah, berbaloikah pengorbanan Pahang ini ?
Pemain Utama Meninggalkan Pasukan
Pahang kehilangan khidmat beberapa pemain utama mereka musim lalu. Baik pemain tempatan mahupun import. Antara pemain tempatan yang meninggalkan kem Pahang adalah Syamim Yahyah, Saiful Nizam Miswan, Joseph Kalang Tie dan Wan Azraie Wan Teh. Bagi pemain import pula, mereka kehilangan penyerang yang menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan musim lalu, Matheus Alves yang menyertai kelab Korea, Suwon FC. Yamil Romero dan Heo Jae-won pula tidak disambung kontrak. Sangat disayangkan!
Baca mengenai perpindahan Matheus Alves ke Suwon FC di sini
Pemain Dibawa Masuk
Bagi menggantikan pemain yang berhijrah, Pahang berjaya membawa masuk beberapa pemain import dan tempatan. Setakat ini, mereka membawa masuk dua pemain import iaitu pemain Singapura, Safuwan Baharuddin dan pemain Kemboja, Chan Vathanaka. Bagi kuota pemain tempatan pula, mereka berjaya menandatangani Norshahrul Idlan Talaha, Bunyamin Umar dan Remezey Che Ros.
Sumber Gambar: Semuanya Bola
Dan ada kejutan khas buat peminat Tok Gajah!
Anda kenal siapa pemain di atas ?
Pemain Yang Dikekalkan
Selain membawa masuk beberapa pemain, PFA juga berjaya mengekalkan khidmat beberapa pemain daripada musim lepas. Antara pemain yang dikekalkan adalah Mohamadou Sumareh, Muslim Ahmad, Nor Azam Azih dan Matthew Davies. Selain pemain, PFA juga mengekalkan khidmat Dollah Saleh sebagai ketua jurulatih mereka.
Ramalan Kami
Kami meramalkan pasukan Pahang akan menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di kalangan 4 pasukan terbaik. Dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia pula, kami melihat Sumareh dan rakan-rakan mampu untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.
Apa pendapat anda ? Adakah skuad bimbingan Dollah Saleh ini mampu untuk sekali lagi menjadi pencabar utama dalam Liga Malaysia musim 2018 ?
Baca Juga: Nor Azam Azih Layak Bermain Di Luar Negara ?