Previu Liga Malaysia 2018: Pasukan Kedah Antara Pencabar ?
- Liga Super
- Jan 18, 2018
- No comment
Musim 2017 merupakan musim yang boleh dikatakan gemilang buat pasukan Kedah. Mereka memulakan musim 2017 dengan kemenangan dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim menerusi sepakan penalti. Selain Piala Sumbangsih, Kedah juga berjaya memenangi Piala FA dengan menewaskan Pahang 3-2 pada perlawanan akhir. Kedah juga berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tewas di tangan Johor Darul Ta’zim. Bagi saingan musim 2018 pula, mampukah Kedah menjadi antara pencabar kepada pasukan lain ?
Kembalinya Ramon Marcote
Sumber Gambar: Football Tribe
Sebelum bermulanya musim 2018, awal-awal lagi peminat Kedah menerima khabar gembira apabila jurulatih kesayangan mereka kembali menguruskan pasukan. Sebelumnya Marcote pernah membantu Kedah memenangi Liga Perdana pada musim 2015 dan serta mara ke perlawanan akhir Pial malaysia waktu itu. Tetapi mereka tewas di tangan Selangor.
Baca selebihnya mengenai Ramon Marcote di sini
Pemain Baru Dibawa Masuk
Pasukan Kedah membuat persiapan rapi bagi mengharungi saingan musim 2018. Kedah kehilangan khidmat dua pemain import mereka iaitu Zac Anderson dan Ken Ilso Larsen. Jadi bagi menggantikan kedua-dua pemain itu, Kedah menandatangani penyerang kelahiran Sepanyol, Pablo Pallares dan Alvaro Silva. Selain Pablo dan Alvaro, Kedah juga membawa masuk tiga pemain muda bagi memperkuat pasukan. Bekas penyerang Perlis, Zafuan Azeman dan dua pemain Piala Presiden Kedah iaitu Zulfahamzie Mohd Tarmizi dan Muhd Nurfiqrie Abdul Talib dibawa masuk.
Sumber Gambar: Kedah FA
Sumber Gambar: Kedah FA
Beberapa Pemain Senior Dikekalkan
Beberapa pemain utama Kedah musim lalu juga berjaya dikekalkan. Antara yang dikekalkan adalah Sandro Da Silva, pemenang anugerah “Pemain Import Terbaik” Liridon Krasniqi, pemain paling bernilai Liga Malaysia 2017, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari. Selain pemain senior ini, Kedah juga berjaya mengekalkan khidmat Akhyar Rashid. Setelah melihat prestasi anak muda ini dalam temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun, menarik untuk kita saksikan bagaimana prestasi beliau bersama Kedah musim 2018 nanti. Kami berharap Ramon Marcote memberikan AKhyar peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.
Ramalan kami
Kami meramalkan Kedah akan menjadi pencabar utama bagi kejuaraan Liga Super. Dalam kejohanan lain pula, kami berpendapat Kedah akan mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dan juga Piala Malaysia. Dengan adanya Ramon Marcote sebagai ketua jurulatih, ditambah pula dengan adunan pemain import dan pemain tempatan, kami rasa sasaran yang kami berikan adalah realistik. Jangan lupa Kedah akan menentang JDT dalam perlawanan pembukaan bagi merebut Piala Sumbangsih pada 3 Februari.
Apa pendapat anda ? Mampukah Kedah menjadi pencabar kepada pasukan lain ? Kongsikan pendapat anda bersama kami.
Baca Juga: Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa