Previu PL Matchweek 24: Arsenal vs Crystal Palace

Arsenal semakin jauh untuk mengejar tempat ke-4 bagi mendapatkan tiket ke Liga Juara-juara UEFA, dan mereka semakin terdesak untuk mempamerkan aksi terbaik selepas kekalahan mengejutkan kepada Bournemouth sabtu lepas. The Gunners sekarang memerlukan 9 mata bagi memintas Chelsea yang berada di tempat ke-4 .

Crystal Palace sepertinya telah bangun dari mimpi ngeri mereka setelah bermula dengan teruk dalam saingan liga, sekarang mereka menduduki tangga ke-12, dan akan bertandang ke Utara London dengan rekod dua kemenangan berturut-turut di liga.

ARSENAL

BARISAN PEMAIN

Olivier Giroud masih diketepikan kerana kecederaan, manakala Nacho Monreal, Laurent Koscielny, dan Mesut Ozil masing-masing dijangka akan bermain. Sementara Ainsley Maitland-Niles dikatakan sakit dan mungkin tidak akan diturunkan untuk perlawanan ini.

PRESTASI SEMASA

Arsenal tidak menang 5 perlawanan dalam semua pertandingan sejak mereka mengalahkan Crystal Palace pada perlawanan dibulan Disember tahun lepas.

Pertahanan pasukan Arsene Wenger mempamerkan aksi yang utuh menentang Chelsea di Piala Carabao baru-baru ini, tetapi lain ceritanya di saingan liga ,mereka bolos 10 gol dalam lima perlawanan liga terakhir mereka.

CRYSTAL PALACE

BARISAN PEMAIN

Joel Ward sedia diturunkan selepas sebulan diketepikan dengan kecederaan pangkal paha, dan Yohan Cabaye juga disahkan cergas selepas pulih dari kecederaan kecil.

Sementara Ruben Loftus-Cheek, Andros Townsend, Mamadou Sakho, Jason Puncheon, Scott Dann berada dalam senarai kecederaan jangka panjang The Eagles.

PRESTASI SEMASA

Roy Hodgson memberi impak yang menakjubkan sejak menggantikan Frank De Boer, dengan meraih 25 mata daripada 19 perlawanan. Prestasi The Eagles ketika ini berjaya membantu mereka melonjak keluar dari zon penyingkiran, dengan Wilfried Zaha menyinar dan meraih pujian untuk persembahannya dalam perlawanan baru-baru ini.

*Setelah menjaringkan hanya satu gol dalam 9 perlawanan pembukaan mereka di semua pertandingan, The Eagles telah menjaringkan gol dalam setiap 4 perlawanan terakhir mereka di Stadium pihak lawan.

FAKTA PERTEMBUNGAN ANTARA MEREKA

Kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 42 kali, sejak pertemuan pertama mereka pada 1934, dengan Arsenal menguasai rekod kemenangan dalam pertemuan itu. Dalam 5 pertemuan dalam liga sebelum ini Arsenal menang 3 perlawanan, kalah 1 dan seri 1 perlawanan menentang Crystal Palace.

Kemenangan terakhir di Arsenal oleh Crystal Palace adalah pada Oktober 1994 dengan jaringan 2-1, John Salako menjaringkan dua gol buat The Eagles pada masa itu.

(Nota: Artikel ini ditulis oleh S.A. dari Liga Perdana Inggeris Malaysia. Ikuti mereka di semua rangkaian media sosial di:

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Twitter: @LPI_MY
Instagram: @lpi_my)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *