Previu PL Matchweek 24: Burnley vs Manchester United

Jam 10 malam waktu Malaysia, Manchester United dijadualkan bakal bertemu dengan Burnley di Turf Moor.

Apakah yang anda perlu tahu menjelang perlawanan ini?

REKOD PERTEMBUNGAN

Burnley yang akan menerima kunjungan Manchester United dalam perlawanan seterusnya telah berjaya menang satu dari 24 perlawanan menentang United dalam semua pertandingan (S10 K13), iaitu pada Ogos 2009 yang berkesudahan 1-0.

Jaringan Robbie Blake itu merupakan yang terakhir sejak United menghadiahkan gol kepada Burnley sepanjang lawatan ke Turf Moor dalam semua pertandingan dengan mencatat 8 perlawanan tanpa dibolosi.

FAKTA PASUKAN

BURNLEY

Tidak dinafikan Burnley memulakan kempen LPI musim ini dengan cara yang menakjubkan. Tetapi pengurus mereka, Sean Dyche mengatakan sangat risau dengan prestasi anak buahnya sejak masuk tahun baru.

Pujian harus diberikan kepada Clarets kerana mampu menghuni tangga ke tujuh liga selepas 23 perlawanan LPI. Memenangi 9 perlawanan, seri 7 kali dan kalah juga 7 kali sepanjang pembabitan dalam liga musim ini.

Walaubagaimanapun, Burnley kini mengalami krisis kemarau kemenangan sejak kali terakhir merakam kemenangan perlawanan menewaskan Stoke City 1-0 pada 12 Disember yang lalu. Sejak itu, mereka gagal meraih kemenangan dengan merekodkan 3 keputusan seri dan 4 kekalahan dalam 7 perlawanan terkahir mereka.

MANCHESTER UNITED

Segar selepas pulang menjalani latihan di Dubai, United bermula garang dengan menewaskan Stoke 3-0 di Old Trafford pada malam isnin yang lalu. Keputusan itu membolehkan United merapatkan jurang dengan pendahulu liga ketika ini, Manchester City selepas mereka tewas ditangan Liverpool di Anfield.

15 kemenangan, 5 keputusan seri dan 3 kekalahan dicatat United sepanjang musim ini dengan dibezakan hanya tiga mata dengan Liverpool sebelum memasuki perlawanan selepas ini.

Hanya Manchester City yang mempunyai rekod yang lebih baik bermain ditempat lawan berbanding United dalam kempen LPI musim ini, dan United dalam prestasi terbaik ditempat lawan dengan meraih 4 kemenangan dari 5 lawatan mereka.

Sudah pasti United akan memburu kemenangan di tempat lawan seterusnya sebelum bertandang ke Tottenham dihujung bulan nanti.

BERITA PASUKAN

BURNLEY

Burnley akan bermain tanpa khidmat bekas graduan United, Tom Heaton dan dijangka akan terus mengharapkan ketangkasan Nick Pope untuk mengawal gawang mereka dari dibolosi.

Robbie Brady, Stephen Ward dan penjaring terbanyak mereka, Chris Wood akan terus diketepikan kerana kecederaan. Tetapi Scott Arfield dikatakan sudah pulih dari kecederaan hamstring dan mungkin berada dalam skuad selepas tersisih dalam tiga perlawanan Burnley sebelum ini.

Pemain pinjaman dari Spurs, Kevin N’Koudou dijangka akan membarisi kesebelasan utama buat pertama kali selepas membuat penampilan pertama selepas menjadi pemain gantian ketika bertemu Palace minggu lalu.

MANCHESTER UNITED

Kembalinya Ashley Young dari penggantungan akan memberikan Mourinho banyak pilihan diposisi kiri dan kanan United.

Tiada berita kecederaan baru di kem United dengan pemain yang akan terus disisihkan akibat dari kecederaan ialah kapten pasukan, Michael Carrick, Zlatan Ibrahimovic dan Eric Bailly.

Menurut sumber terdekat, mereka dijangka akan pulih menjelang akhir bulan ini.

(Nota: Artikel ini dibawakan khas oleh Liga Perdana Inggeris Malaysia hasil tulisan Hadi Bahari)

Ikuti mereka di
Facebook: Liga Perdana Inggeris MY
Twitter: @LPI_MY
Instagram: @lpi_my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *