Previu PL Matchweek 24: Southampton vs Tottenham

Sebelum melangkah ke Matchweek 24, Southampton hanya satu mata di atas zon penyingkiran, manakala Tottenham menghuni tangga ke-5 liga.

Apa yang anda perlu tahu tentang perlawanan ini?

REKOD PERTEMUAN

Southampton gagal menang ke atas Tottenham dalam lima pertemuan di tempat sendiri sejak kembali ke PL pada 2012.

Tottenham berjaya mengutip 28 daripada jumlah 33 mata dari Southampton sejak musim 2012-13.

Dele Alli telah terlibat dalam 8 gol menentang Saints (5 gol, 3 bantuan gol) dalam hanya 4 perlawanan. Hanya dua pemain pernah terlibat dalam lebih banyak gol menentang sebuah pasukan dari 4 perlawanan (Alan Shearer vs Nottingham Forest dan Wayne Rooney menentang Hull City, kedua-duanya 9 gol).

BERITA PASUKAN

Southampton:
Hanya Charlie Austin satu-satunya pemain Saints yang masih mengalami kecederaan, dengan Saints masih belum mengetahui bilakah penyerang tersebut akan kembali dari kecederaan hamstring beliau.

Mauricio Pellegrino turut mengesahkan bahawa pertahanan tengah, Maya Yoshida boleh kembali dari kecederaan, dengan penilaian semula akan dilakukan sehari sebelum perlawanan.

Tottenham:
Hugo Lloris sedang demam dan penjaga gol itu sedang dirawat dengan baik.

Danny Rose (kecederaan lutut) dan Harry Winks (buku lali) masih diketepikan dari skuad utama Spurs. Manakala Toby Alderweireld sedang melalui fasa terakhir dari rawatan beliau sebelum kembali semula beraksi yang dijangka pada minggu hadapan.

PRESTASI PASUKAN

Southampton:
Saints kini berada dalam tempoh terpanjang mereka dalam gagal menang dalam 10 aksi terakhir mereka dalam liga (seri 5, tewas 5).

James Ward-Prowse telah menjaringkan kesemua 3 gol terakhir Saints (1 menentang Fulham, 2 menentang Watford). Beliau tidak menjaringkan sebarang gol dalam 25 perlawanan sebelum itu.

Tottenham:
Selepas gagal menang dalam lima perlawanan di tempat lawan, mereka berjaya memenangi dua perlawanan terakhir mereka, dengan kedua-duanya berjaya memungut ‘clean sheet’.

Spurs juga tidak bolos dalam dua aksi terakhir mereka, dengan kedua-duanya menjaringkan sekurang-sekurangnya 3 gol (3-0 menentang Wimbledon, 4-0 menentang Everton).

Harry Kane telah melakukan 130 percubaan tepat, sekurang-kurangnya 42 percubaan lebih banyak dari mana-mana pemain di PL musim ini.

Malah, percubaan-percubaan Kane adalah 32 peratus dari semua percubaan dilakukan Tottenham – rekod terbanyak PL setakat ini.

Jangan lupa saksikan perlawanan ini pada 22 Januari jam 12 tengah malam!

Ikut Liga Perdana Inggeris Malaysia di
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Twitter: @LPI_MY
Instagram: @lpi_my

Baca Juga: Uber Dan Grab Membantu Memeriahkan Liga Malaysia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *