Previu PL Matchweek 26: Arsenal vs Everton

Prestasi yang kurang memberangsangkan oleh Arsenal selepas hanya mencatat 1 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir, kelebihan bermain di halaman sendiri pastinya menjadi motivasi pasukan untuk mengutip 3 mata penuh berdasarkan rekod cemerlang mereka bertemu Everton sebelum ini.

Everton yang baru saja mencatat kemenangan pertama ketika bertemu Leicester daripada 8 aksi terakhir mereka selepas kemenangan 3-1 menentang Swansea di halaman sendiri pada Disember lalu pastinya mahukan sesuatu daripada aksi ini iaitu sekurang-kurangnya mampu mencuri 1 mata daripada tuan rumah.

BERITA PASUKAN

Masalah demam kemungkinan akan menepikan rekod perpindahan tertinggi pasukan bernilai £56 juta Pierre-Emerick Aubameyang daripada turun beraksi untuk penampilan pertamanya bertemu Everton hujung minggu ini.

Jack Wilshere juga diragui untuk turun beraksi kerana masalah jangkitan tetapi Henrikh Mkhitaryan akan membuat penampilan sulungnya di halaman sendiri.

Seamus Coleman akan membuat penampilan kedua kurang dari seminggu selepas berehat panjang selama 10 bulan akibat patah kaki.

Sam Allardyce berkata Coleman akan dinilai tahap kecergasannya manakala pemain pinjaman Eliaquim Mangala akan turun untuk debut pertamanya.

REKOD PERTEMBUNGAN

Arsenal mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 23 aksi sebagai tuan rumah menentang Everton dalam semua kejohanan (M19 S4) sejak tewas 2-1 dalam saingan PL pada Januari 1996 di bawah bimbingan Bruce Rioch.

Everton telah beraksi lebih banyak perlawanan PL di Emirates tanpa sebarang kemenangan (11 – M0 S4 K7) berbanding pasukan lain.

The Gunners telah menewaskan Everton lebih kerap dalam saingan liga berbanding pasukan lain berjaya lakukan sepanjang sejarah “Football League” (95).

FAKTA PASUKAN

Arsenal tidak pernah tewas aksi PL di Emirates pada bulan Februari (P21 M17 S4 K0), dengan kekalahan terakhir di laman sendiri ialah ketika bertemu West Ham di Highbury pada Februari 2006.

Arsenal telah melakukan kesilapan terbanyak yang mengakibatkan gol dalam kelompok liga 5 terbaik Eropah pada musim ini (11).

Sam Allardyce hanya mengutip 3 daripada 39 mata sebagai pelawat dalam penampilan PL di Arsenal (P13 M0 S3 K10), tewas setiap 8 penampilan terakhir berturut-turut, kesemuanya di Emirates.

Perlawanan ini merupakan penampilan ke-500 Sam Allardyce dalam saingan PL, meletakkan beliau antara 5 pengurus yang berjaya mencapai tahap ini. Melihat kepada rekod 4 pengurus sebelumnya, hanya Arsene Wenger berjaya mencatat kemenangan dalam penampilan ke-500 beliau ( Harry Redknapp seri, Alex Ferguson dan David Moyes tewas).

Mesut Ozil telah terlibat dalam 7 gol dalam 8 penampilan bertemu Toffees (2 gol, 5 assist) dan telah menjaringkan gol atau assist dalam setiap pertemuan di Emirates (1 gol, 4 assist).

Rekrut terbaru Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang telah terlibat dalam 172 gol dalam 213 penampilan dalam semua kejohanan bersama Dortmund (141 gol, 31 assist), secara purata gol dan assist dalam setiap 96 minit.

Sejak penampilan PL pertama pada September 2013, Mesut Ozil telah menghasilkan lebih banyak assist berbanding pemain lain (49 dalam 136 penampilan). Rekod terpantas seorang pemain mencatat 50 assist dalam kejohanan ini ialah Eric Cantona yang melakukannya dalam 143 penampilan.

(Nota: Artikel ini telah dikarang oleh Hafiz Hakim Zainal dari Liga Perdana Inggeris Malaysia)

Ikuti kami di

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia

Twitter: @LPI_MY

Instagram: @lpi_my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *