Rafael Da Silva Pengganti Luciano Figueroa ?

Bekas penyerang Urawa Reds Diamond, Rafael Da Silva dikhabarkan bakal menjadi pengganti kepada penyerang import sedia ada Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa. Ketika ini, penyerang dari Brazil berusia 26 tahun ini bermain untuk pasukan Wuhan Zall yang bermain di China League One.

Mari kita imabu sedikit perjalanan karier Rafael Da Silva ini. Beliau memulakan karier bola sepak profesional bersama pasukan Coritiba pada musim 2012. Walaupun Rafael bermain selama semusim dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol, namun beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Campeonato Paranaense pada 2012. Setelah itu, beliau berhijrah dengan menyertai kelab Switzerland, FC Lugano.

Seperti ketika bersama Coritiba, Rafael hanya kekal bersama Lugano selama satu musim dan beliau berjaya menjaringkan 12 gol. Beliau kemudiannya menyertai kelab Jepun, Albirex Niigata pada musim 2014. Bersama Albirex, Rafael berjaya menjaringkan 19 gol selama dua musim bersama Albirex.

Pada musim 2017, Rafael menyertai kelab gergasi Jepun iaitu Urawa Reds Diamond. Bersama Urawa merupakan pencapaian paling gemilang dalam karier Rafael setakat ini. Beliau berjaya menjaringkan 12 gol dan yang paling diingati adalah dua gol beliau ketika Urawa Reds Diamond menewaskan Al-Hilal dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia edisi tahun lalu.

Setelah berjaya membantu Urawa menjadi raja di Asia, Rafael kemudiannya membuat kejutan apabila beliau memutuskan untuk menyertai Wuhan Zall yang bermain di China League One yang merupakan Divisyen kedua.

Kami berpendapat jika benar Rafael Da Silva ini bakal menggantikan Luciano Figueroa, beliau akan menjadi satu pengganti yang sesuai kerana pengalaman beliau yang sudah lama bermain di Asia dan juga pernah bermain dalam temasya Liga Juara-Juara Asia. Bukan sekadar bermain, malah memenangi temasya terbesar di peringkat kelab Asia tersebut.

Apa pendapat anda mengenai Rafael Da Silva yang dikhabarkan bakal menjadi pengganti kepada Luciano Figueroa ? Adakah beliau satu pengganti yang ideal ? Ataupun Johor Darul Ta’zim perlu mencari penyerang lain yang lebih berwibawa berbanding Rafael ini ?

Baca Juga: Harry Novillo Pengganti Jorge Pereyra Diaz ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *