Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia Menentang Myanmar
- Harimau Malaya
- Nov 24, 2018
- No comment
Nasib Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 akan ditentukan pada malam ini apabila bakal turun menentang pasukan Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A.
Di sini, kami kongsikan kepada anda ramalan barisan kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe.
1. Farizal Marlias
Sumber Gambar: FAM
Apabila Tan Cheng Hoe mengatakan bahawa kedudukan Khairul Fahmi dalam kesebelasan utama tidak terjamin menjelang perlawanan malam ini, ianya seolah-olah memberi bayangan beliau mahu menurunkan pemain lain bagi mengawal pintu gol negara. Farizal dilihat menjadi pilihan Cheng Hoe.
2. Syahmi Safari
Sumber Gambar: The Star
Pemain berusia 19 tahun ini dijangka akan kekal mengisi posisi pertahanan kanan pasukan negara setelah menampilkan aksi yang baik setakat ini.
3. Aidil Zafuan
Sumber Gambar: FAM
Pengalaman luaa yang dimiliki oleh Aidil bakal menjadi harapan utama untuk mengekang segala asakan yang dilancarkan oleh barisan serangan pasukan Myanmar.
4. Shahrul Saad
Sumber Gambar: FAM
Shahrul pernah berhadapan dengan pasukan Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan edisi dua tahun lalu. Jadi sedikit sebanyak beliau mengenali bagaimana barisan serangan lawan berfungsi.
5. Syazwan Andik
Sumber Gambar: FAM
Syazwan menampilkan aksi yang baik di bahagian pertahanan kiri pasukan negara setakat ini.
6. Akram Mahinan
Sumber Gambar: FAM
Akram memainkan peranan penting pada perlawanan malam ini dimana beliau bakal menjadi pemain yang akan mematikan segala gerakan serangan pasukan lawan.
7. Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: FAM
Sama seperti Akram, Syamer menjadi harapan utama pasukan negara untuk mematahkan gerakan serangan lawan.
8. Mohamadou Sumareh
Sumber Gambar: Fox Sport Asia
Kepantasan serta kelincahan Sumareh bakal menjadi senjata utama untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.
9. Norshahrul Idlan Talaha
Sumber Gambar: FAM
Seperti biasa, Matyo akan menjadi perancang pasukan dan akan membantu penyerang utama bagi mencari jaringan.
10. Safawi Rasid
Sumber Gambar: FAM
Sama seperti Sumareh, kelincahan yang dimiliki oleh Pawi diharapkan dapat mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.
11. Zaquan Adha
Sumber Gambar: FAM
Setelah tidak diturunkan pada perlawanan menentang Vietnam, Zaquan dijangka akan kembali mewarnai kesebelasan utama.
Itulah dia ramalan kesebelasan utama kami pada perlawanan diantara pasukan kebangsaan menentang Myanmar malam ini.
Apa yang pasti, pemain perlu menampilkan aksi terbaik mereka bagi memastikan kemenangan milik Malaysia.
Baca Juga: Tan Cheng Hoe Positif Malaysia Mampu Raih Kemenangan