Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia Menentang Vietnam
- Harimau Malaya
- Nov 16, 2018
- No comment
Hari yang dinantikan sudah tiba apabila pasukan negara bakal berdepan dengan salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFF Suzuki edisi kali ini iaitu Vietnam hari ini.
Di sini, kami nak kongsikan dengan anda kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe bagi memberikan cabaran kepada The Golden Dragons.
1. Khairul Fahmi Che Mat
Sumber Gambar: Football Tribe
Meskipun melepaskan gol awal ketika perlawanan menentang Laos, Apek kemudiannya berjaya memperbaiki prestasi beliau dan berjaya menafikan beberapa percubaan daripada barisan serangan lawan.
2. Syahmi Safari
Sumber Gambar: The Star
Syahmi menampilkan persembahan cemerlang pada dua perlawanan sebelum ini dan tiada sebab untuk beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini.
3. Aidil Zafuan
Sumber Gambar: FAM
Aidil tampil dengan baik pada perlawanan menentang pasukan Laos. Meskipun pasukan negara dibolosi pada minit awal, namun Aidil berjaya bangkit dan memastikan benteng pertahanan negara tidak dibolosi lagi.
4. Shahrul Saad
Sumber Gambar: Asiana.my
Sama seperti Aidil Zafuan, Shahrul berjaya bangkit dan menampilkan permainan terbaik beliau bagi memastikan pasukan Laos tidak menjaringkan gol tambahan.
5. Syazwan Andik
Sumber Gambar: FAM
Syazwan tampil dengan baik di bahagian kiri dimana beliau kerap membantu barisan serangan ketika menyerang dan mematahkan pergerakan lawan di sebelah kiri ketika kubu pasukan negara ditekan.
6. Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: FAM
Barisan tengah pasukan negara perlukan seorang lagi pemain tengah yang mampu untuk mematahkan segala gerakan serangan pasukan lawan. Syamer dilihat mampu memainkan peranan tersebut.
7. Akram Mahinan
Sumber Gambar: Football Tribe
Akram menjadi unsung hero bagi pasukan negara pada dua perlawanan pertama. Kelibat beliau sudah pasti ditagih pada perlawanan malam ini bagi membuat dirty work di bahagian tengah.
8. Safawi Rasid
Sumber Gambar: FAM
Dengan status Mohamadou Sumareh yang belum jelas sama ada beliau boleh diturunkan pada malam ini ataupun sebaliknya, Safawi Rasid berkemungkinan besar bakal mengisi posisi sayap kanan pasukan malam ini.
9. Norshahrul Idlan Talaha
Sumber Gambar: FAM
Pemain yang satu ini wajib berada dalam kesebelasan utama Malaysia pada perlawanan malam ini. Matyo merupakan penjaring terbanyak skuad Harimau Malaya setakat ini dan beliau sudah pasti menjadi sandaran utama untuk merobek gawang Vietnam.
10. Akhyar Rashid
Sumber Gambar: FAM
Dengan Safawi akan mengisi posisi sayap kanan, maka Akhyar Rashid bakal mengisi posisi sayap kiri negara jika diturunan.
11. Zaquan Adha
Sumber Gambar: FAM
Ketua pasukan skuad kebangsaan ini beraksi dengan baik dan beliau berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan pasukan Laos.
Itulah dia ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pada perlawanan menentang Vietnam malam ini.
Apa yang pasti, para pemain perlu menampilkan persembahan terbaik mereka dan memastikan Malaysia pulang dari bumi Vietnam dengan keputusan positif.
Baca Juga: Apa Pilihan Yang Ada Buat Tan Cheng Hoe ?