Ramalan Kesebelasan Utama Pilihan Datuk Ong Kim Swee
- Harimau Malaya
- Aug 15, 2018
- No comment
Hari ini, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan sukan bola sepak Sukan Asia 2018 dengan menentang pasukan Kyrgyztan. Perlawanan dijadualkan bermula pada jam 4 petang waktu Malaysia dan di sini kami bawakan kepada anda kesebelasan utama yang berkemungkinan besar menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee.
1. Haziq Nadzli
Sumber Gambar: FAM
Haziq sememangnya menjadi pilihan utama Datuk Ong bagi mengawal pintu gol skuad bawah 23 tahun negara dalam dua tahun kebelakangan ini. Meskipun tidak diturunkan ketika menentang UAE, kami berpendapat beliau akan mengawal pintu gol negara pada perlawanan petang ini.
2. Dominic Tan
Sumber Gambar: Goal.com
Dominic beraksi dengan baik di posisi pertahanan kanan dalam sistem back three pasukan negara dalam dua perlawanan terakhir.
3. Irfan Zakaria
Sumber Gambar: Goal.com
Kualiti hantaran serta game reader beliau yang baik akan menjadi aset penting pasukan negara dan sudah pasti beliau akan diturunkan pada petang ini.
4. Adam Nor Azlin
Sumber Gambar: Goal.com
Sama seperti Irfan, kualiti yang dimiliki oleh Adam bakal memainkan peranan penting dalam kempen pasukan negara dalam temasya kali ini. Dan beliau sudah pasti bakal diturunkan pada petang ini.
5. Rizal Ghazali
Sumber Gambar: FAM
Ketiadaan Matthew Davies menjadikan Rizal pilihan utama untuk mengisi posisi right wing back pasukan bawah 23 tahun negara.
6. Nik Akif Syahiran
Sumber Gambar: FAM
Nik Akif telah mencipta satu gandingan yang baik dengan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah pasukan negara. Untuk itu, beliau dilihat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama petang ini.
7. Baddrol Bakhtiar
Sumber Gambar: Goal.com
Pengalaman serta kualiti hantaran bola yang dimiliki oleh Baddrol sedikit-sebanyak bakal membantu perjalanan pasukan negara dalam temasya kali ini. Ganingan mantap bersama Nik Akif di bahagian tengah sudah pasti mahu dikekalkan oleh Datuk Ong.
8. Syazwan Andik
Sumber Gambar: FAM
Syazwan beraksi dengan baik di posisi left wing back pasukan negara dalam dua perlawanan terakhir. Kami berpendapat beliau akan mengekalkan tempat dalam kesebelasn utama.
9. Safawi Rasid
Sumber Gambar: FAM
Safawi bakal menjadi sandaran utama pasukan untuk mencari jaringan dan beliau dilihat bakal diturunkan dalam setiap perlawanan pasukan Malaysia. Larian serta gelecekkan beliau menjadi aset penting pasukan negara.
10. Syafiq Ahmad
Sumber Gambar: FAM
Syafiq beraksi dengan baik di bahagian serangan pasukan negara dalam dua perlawanan terakhir pasukan negara.
11. Akhyar Rashid
Sumber Gambar: FAM
Sama seperti Safawi, Akhyar bakal menjadi taruhan Datuk Ong Kim Swee untuk menembusi barisan pertahanan lawan dan kemudiannya mencari jaringan buat pasukan negara.
Itulah dia kesebelasan utama yang berkemungkinan besar menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee pada petang ini. Penting untuk Malaysia mengutip kemenangan bagi menaikkan lagi tahap keyakinan pemain menuju perlawanan menentang Korea pada 17 Ogos nanti.
Baca Juga: Irfan Zakaria Dan R.Kogileswaran Pilihan Alternatif