Ranking FIFA Malaysia Naik!

Berita gembira untuk peminat bola sepak negara apabila kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking FIFA naik 8 anak tangga kepada kedudukan ke-170 berbanding kedudukan ke-178 sebelum ini. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Melalui pengumuman di media sosial sebentar tadi.

Keputusan positif yang dilakar dalam tiga perlawanan antarabangsa di bawah kendalian Tan Cheng Hoe nyata memberi impak besar terhadap kenaikan rangking skuad kebangsaan. Satu seri ketika menentang Monngolia dan satu kemenangan ketika menewaskan Bhutan sudah cukup untuk sekurang-kurangnya Malaysia keluar daripada kelompok pasukan bawahan dalam rangkin FIFA.

Kenaikan rangking ini juga berjaya mengembalikan semula keyakinan peminat terhadap pasukan negara. Rata-rata peminat di media sosial seperti Twitter dan Facebook meluahkan rasa lega dan juga bangga mereka.

Walaupun dilanda pelbagai cabaran dan juga halangan, namun ianya tidak menghalang para pemain yang mewakili skuad kebangsaan untuk tampil cemerlang sekaligus menghadiahkan keputusan yang positif.

Apa yang pasti, kami berharap dengan kenaikan ranking ini dapat membakar lagi semangat dan juga motivasi para pemain untuk berusaha lebih keras lagi dalam memperbaiki persembahan sekaligus menampilkan satu prestasi yang cemerlang.

Biarlah orang lain melabel anda sebagai pemain “cap ayam”. Biarlah orang lain melabel anda tiada peluang langsung untuk mara lebih jauh di peringkat antarabangsa. Buktikan mereka silap dengan usaha dan juga kerja keras anda bersama pasukan kebangsaan.

Bagi ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe teruskan usaha dan kerja keras anda dalam membentuk satu pasukan Malaysia yang mantap dan juga ampuh di peringkat antarabangsa. Pedulikan apa orang cakap. Apa yang penting ialah hasilnya. Inikan Bola juga mahu mengucapkan tahniah kepada para pemain dan juga barisan kejurulatihan di atas kenaikan rangking ini.

Apa pendapat anda mengenai rangking FIFA Malaysia yang naik sebanyak 8 anak tangga ? Adakah kenaikan ranking kali ini menjadi pemangkin untuk kebangkitan pasukan Malaysia di peringkat antarabangsa ?

Baca Juga: Wahai Legend, Janganlah Label Pemain Kita Cap Ayam!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *