Reserve Team Mana Yang Lebih Hebat ?

Dua reserve team dalam Liga Malaysia ketika ini, Johor Darul Ta’zim II dan Terengganu FC II dalam perlawanan Liga Perdana 2018 malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Persembahan kedua-dua pasukan setakat ini nyata cukup hambar dan mengecewakan.

JDT II masih belum meraih sebarang kemenangan dalam saingan Liga setakat ini. Perkara ini cukup mengejutkan memandangkan mereka dibarisi oleh bekas pemain kebangsaan seperti Shakir Shaari, Syahrul Azwari dan Rozaimi Abdul Rahman beserta pemain muda berbakat seperti Hadi Fayyadh dan Najmuddin Samat.

Selain dibarisi oleh pemain di atas, JDT II juga dibarisi dengan pemain import. Mereka hanya mampu seri sebanyak 3 kali dan juga tewas sebanyak 3 kali. Entah dimana silapnya. Adakah dari segi pemain atau jurulatih ?

Bagi pasukan Terengganu FC II pula, prestasi mereka setakat ini juga tidak jauh berbeza dengan lawan mereka malam ini. Mereka dibarisi pemain berpengalaman dan juga pemain import yang boleh dikatakan berkualiti. Namun, TCFC II gagal untuk beraksi dengan baik dalam saingan Liga.

Kehadiran lee Jun-hyeob yang diturunkan pangkat daripada pasukan utama akan diuji dalam perlawanan malam ini. Berkemungkinan besar beliau akan digandingkan dengan Akanny Sundat-Wasiu di bahagian serangan. Penting untuk beliau segera menunjukkan prestasi sebenar dan mula membantu pasukan.

Sudah pasti kedua-dua pasukan mencari kemenangan bagi meringankan sedikit tekanan yang sedang mereka alami ketika ini. Kami berpendapat walaupun kedua-dua pasukan berstatus reserve team, tetapi mereka tidak sepatutnya beraksi dengan buruk dalam saingan Liga musim ini.

Lihat saja barisan pemain yang dimiliki. Kedua-dua pasukan seharusnya mencabar Felda United dan juga Sabah untuk mahkota kejuaraan Liga Perdana. Bukan bergelut di peringkat bawahan Liga.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara Johor Darul Ta’zim II menentang Terengganu FC II malam ini ? Mampukah JDT II mengutip kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini ?

Atau Terengganu FC II akan membuatkan mereka merana dengan mengutip kemenangan kedua dalam saingan Liga ?

Baca Juga: 5 Pemain Yang Patut Bermain Di Liga Super

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *