Review Kedah vs PKNP: Kedah Bernasib Baik, PKNP Gagal Menyaingi

Dalam perlawanan ketiga Liga Super, Kedah berjaya mencatat kemenangan pertama bertemu PKNP hasil jaringan bintang muda Akhyar Rashid. Penulis mengikuti ketiga-tiga perlawanan Kedah setakat ini dan berpendapat bahawa terdapat sedikit peningkatan dalam corak permainan Kedah. Sedikit merisaukan ialah penyudah yang begitu lemah, dan Ramon Marcote masih tidak belajar dari 2 perlawanan lalu apabila beliau setup kesebelasan yang bermula dengan negatif.

 

Dalam review 2 perlawanan membabitkan pasukan Kedah sebelum ini, kami menegaskan bahawa Kedah bermain negatif, terlalu banyak ruang di antara pertahanan, tengah dan penyerang. Mereka tidak compact dan tidak bermain sebagai 1 unit. Sebaliknya, seolah-olah mereka lebih dipecahkan kepada unit pertahanan, tengah dan serangan. Jarang kita lihat pemain bahagian serangan dan sayap mereka turun untuk mengecilkan ruang dia bahagian tengah dan membantu dalam build up attack. Pemain sayap Kedah lebih banyak menunggu di bahagian tepi untuk membuat larian terus di bahagian tepi. Manakala pemain pertahanan Kedah pula bertahan terlalu ke bawah dan tidak memberikan width dari bahagian tepi. Satu perkara yang kami perhatikan musim ini pemain Kedah lebih banyak berlari dengan bola daripada menggerakkan bola melalui hantaran. Aksi yang ditunjukkan mereka jauh berbeza dengan musim lalu di mana semua pemain terlibat dalam setiap gerakan.

 

Ketika bertemu PKNP, sekali lagi mereka bermula dengan rentak begitu. Mujurlah penjaga gol yang baru dinaikkan pangkat dari pasukan Piala Presiden, Asri Muhamad beraksi cemerlang menafikan PKNP. Seperti ketika perlawanan menentang Perak, Kedah hanya mula beraksi seperti biasa sewaktu separuh masa kedua. Sebaik bermula separuh masa kedua barulah kami dapat lihat Rizal dan Nirfiqrie naik melebihi garisan tengah ketika menyerang, dan pemain attacking mereka, Andik, Akhyar dan Sandro lebih bebas. Gerakan mereka juga lebih lancar walaupun kadang2 nampak beberapa pemain melakukan terlalu banyak touches yang menganggu kelancaran permainan. Walaupun begitu, kami merasakan aksi yang ditunjukkan ketika pasukan dibimbing oleh Tan Cheng Hoe masih jauh lebih baik dari persembahan Kedah dalam perlawanan ini. Seperti yang kami katakan sebelum ini, pasukan sebesar Kedah harus bermain untuk menang, bukannya bermain untuk tidak kalah. Ramon tidak perlu terlalu takut dengan kekuatan lawan. Sebaliknya jika beliau menumpukan perhatian kepada kekuatan Kedah sendiri, pasukan lawan yang patut takut kepada Kedah.

 

Bagi PKNP pula, mereka bermain dengan kekuatan mereka. Pergerakan mereka walaupun hanya bertahan dan melakukan counter attack, nampak tersusun. Setiap pemain tahu peranan masing-masing di dalam padang. Mereka Cuma tewas dari segi kualiti teknikal dan depth dalam pasukan mereka.

 

Masih banyak yang perlu dilakukan oleh Ramon Marcote. Namun, tanda-tanda kebangkitan yang ditunjukkan Kedah dalam separuh masa kedua sejak 2 perlawanan lalu memberikan sinar positif. Kami yakin Ramon dengan mudah boleh mengembalikan sentuhan free flowing football yang diamalkan Kedah sejak beberapa musim lalu jika beliau tidak terlalu menghormati pihak lawan, sebaliknya fokus kepada kekuatan sendiri. Sentuhan penyudah juga merupakan 1 isu. Bertemu PKNP, Pablo Pallares mempunyai sekurang-kurangnya 2 open goal chances yang tidak berjaya menemui sasaran. Sedikit mengembirakan, aksi pemain muda seperti Akhyar, Asri, dan Nurfiqrie begitu cemerlang setakat ini.

Kredit Gambar: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *