Rudie Ramli: Penyerang Yang Tidak Bernasib Baik?

Pemain ini mendapat pendedahan bersama kelab gergasi Jerman, Bayern Munich ketika masih lagi remaja. Persembahan cemerlang beliau memikat hati pasukan SV Wehen ketika itu, SV Wehen menawarkan kontrak selama 5 bulan kepada pemain ini pada 2001. Siapakah pemain yang kami maksudkan ? Beliau adalah Rudie Ramli.

Bakat Rudie mula dikesan ketika beliau baru berusia 17 tahun. Rudie memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Malaysia pada 1998. Beliau juga menjadi ahli termuda dalam pasukan utama Selangor ketika itu. Bak kata orang Rudie memulakan karier sebagai pemain bola sepak dengan cara yang begitu cemerlang.

Rudie menghabiskan satu musim bersama SV Wehen. Setelah tempoh bersama Wehen tamat, Rudie memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan memilih pasukan Selangor. Rudie menghabiskan dua musim bersama Selangor dan berjaya menjaringkan 7 gol. Setelah itu, beliau berhijrah ke pasukan PKNS FC. Rudie hanya mewakili PKNS FC selama semusim dan menjaringkan 13 gol. Setelah itu Rudie menyertai TM FC selama dua musim, Perlis selama satu musim sebelum kembali bersama Selangor. Dalam tempoh kedua Rudie bersama Selangor, beliau gagal untuk menjadi penyerang utama bagi Gergasi Merah. Ketika itu Selangor mempunyai Amri Yahyah dan Safee Sali. Kedua-dua pemain ini menjadi piliha utama jurulatih ketika itu. Walau begitu, Rudie masih lagi mampu untuk menjaringkan 18 bagi Selangor.

Pada musim 2012, bermulalah pengembaraan Rudie dalam Liga Malaysia. Beliau menyertai PKNS, Felda United, ATM dan Negeri Sembilan. Pasukan terkini beliau adalah MOF FC dalam saingan Liga FAM.

Karier Rudie bersama skuad kebangsan juga tidak begitu bagus. Rudie hanya tampil sebanyak 11 kali dan hanya menjaringkan 4 gol bagi skuad kebangsaan.

Sekarang ini, selain bergelar pemain untuk pasukan MOF FC, Rudie juga memegang jawatan dalam Persatuan Pemain-Pemain BolaSepak Profesional Malaysia. Anda mempunyai memori indah tentang Rudie Ramli ? Kongsikan pandangan anda mengenai pemain ini di ruangan komen dibawah. Sekian dari kami

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *