Rufino Mampu Mengekalkan Momentum ?

Pasukan Selangor dilihat mahu mengekalkan rentak cemerlang di bawah kendalian Nazliazmi Nasir apabila mereka menghadapi pasukan Kedah dalam perlawanan minggu kelapan Liga Super 2018 esok. Perlawanan esok juga akan menjadi ujian pertama Nazliazmi di pentas Liga Super. Dan mampukah penyerang prolifik Selangor, Rufino Segovia mengekalkan momentum beliau ?

Selangor menuju ke perlawanan ini dengan mengutip kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka. Kemenangan ke atas Terengganu FC dan Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA nyata menaikkan sedikit moral pemain setelah tewas tiga perlawanan berturut-turut, selain dibolosi lebih dari tiga gol ketika di bawah bimbingan P.Maniam.

Kunci utama kepada kebangkitan pasukan Selangor ialah siapa lagi kalau bukan penyerang import mereka iaitu Rufino Segovia. Prestasi Rufino setakat ini cukup baik dengan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir. Memang tidak dinafikan beliau akan sekali lagi menjadi harapan utama Selangor untuk mencari gol di Darul Aman.

Bagi pasukan Kedah pula, ini akan menjadi perlawanan pertama di bawah bimbingan Nidzam Adha musim ini. Nidzam diangkat menjadi jurulatih bagi menggantikan Ramon Marcote yang diberikan jawatan lain iaitu sebagai ketua jurulatih pembangunan pasukan Kedah.

Barisan pemain dalam kesebelasan utama yang akan diturunkan oleh Nidzam juga akan menjadi perhatian peminat. Terutamanya di bahagian serangan sama ada beliau akan menggunakan Pablo Pallares ataupun beliau mahu memberikan peluang kepada pemain muda seperti Zafuan Azeman.

Penting untuk Kedah mengutip kemenangan pada perlawanan esok kerana kali terakhir mereka mengutip kemenangan dalam saingan Liga ialah pada Februari lalu dengan menewaskan PKNS FC. Sebulan lebih tanpa kemenangan membuatkan mereka lebih terdesak kali ini.

Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Selangor menentang Kedah ? Mampukah Rufino Segovia mengekalkan momentum sekaligus memberikan kemenangan pertama Nazliazmi dalam saingan Liga Super ?

Ataupun Nidzam Adha akan spoil the party dan meraih kemenangan dalam perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih Kedah musim ini ?

Baca Juga: Dato” Paduka Ahmad Basri Akil, Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *