Safawi Dan Akhyar Perlu Buktikan Kemampuan

Berita mengenai perpindahan pemain Thailand, Theerathon Bunmathan yang menyertai kelab J1 League, Yokohama F-Marinos menjadi bahan bualan peminat bola sepak tanah air. Topik yang diutarakan sudah pasti bila dan apa yang perlu dilakukan pemain Malaysia khususnya pemain muda akan mengikut jejak langkah pemain Thailand yang sudah beraksi di Jepun.

Di sini penulis akan memilih dua pemain muda negara iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid memandangkan dua pemain ini merupakan pemain muda terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini. Safawi dan Akhyar turut menjadi harapan utama peminat yang mahu menyaksikan mereka beraksi di liga terbaik di rantau Asia itu.

Sumber Video: JaaSkoda TV

Musim ini, Safawi dan Akhyar akan beraksi di pentas terbesar bagi peringkat kelab di Asia iaitu saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Peluang ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin bagi menunjukkan kualiti serta kemampuan yang mereka ada kerana pasukan yang akan bertanding bukanlah calang-calang pasukan.

Safawi dan Akhyar perlu memberikan apa yang mereka ada dan beraksi secara konsisten jika diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan. Mereka perlu memberikan 100% keazaman dan usaha bagi memastikan pasukan mendapat keputusan positif.

Sumber Video: Rise of the panthers

Selain menampilkan aksi konsisten di peringkat Asia, kedua-dua pemain juga perlu menampilkan aksi yang konsisten dalam saingan Liga Malaysia. Tampil secara kerap dalam kesebelasan utama akan menjamin seseorang pemain itu mempunyai minit bermain yang cukup.

Dan minit bermain yang cukup akan membantu pemain itu meningkatkan kualiti serta gaya permainan di atas padang. Tambahan pula, usia kedua-dua pemain masih boleh dikatakan muda. Jadi mereka perlu mendapat pendedahan yang sepenuhnya.

Jika Pawi dan Mat Yat berjaya menyempurnakan segala yang penulis senaraikan di atas, tidak mustahil pada musim 2020 nanti ada pasukan dari luar negara yang berminat untuk mengambil khidmat mereka.

Sejujurnya, sayang untuk menyaksikan bakat yang dimiliki oleh Safawi dan Akhyar hanya ditonjolkan dalam saingan Liga Malaysia. Penulis percaya bakat serta kemampuan yang dimiliki oleh dua pemain ini patut ditonjolkan di luar negara.

Baca Juga: Theerathon Bunmathan Sertai Yokohama F-Marinos

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *