Safawi Dan Novillo Mampu Julang JDT
- Liga Super
- May 7, 2018
- No comment
Seperti yang kita sedia maklum, Johor Darul Ta’zim telahpun menandatangani dua pemain import iaitu Harry Novillo bagi posisi sayap dan Jorge Santos Silva di posisi penyerang bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan. Di sini kami berpendapat Safawi dan Novillo mampu untuk menjulang JDT jika kedua-dua pemain ini diturunkan dalam kesebelasan utama.
Sejak beraksi cemerlang dengan membantu skuad Malaysia bawah 23 tahun pada awal tahun ini, kita melihat corak permainan Safawi Rasid semakin meningkat. Beliau juga menjadi pilihan jurulatih untuk membarisi posisi sayap kanan dalam kesebelasan utama.
Prestasi cemerlang Pawi sedikit-sebanyak membantu JDT menghuni puncak Liga Super ketika ini. Kami berpendapat gabungan antara Safawi dan Novillo di bahagian sayap serta Jorge Santos Silva sebagai penyerang utama boleh membantu JDT untuk terus kekal menghuni tangga teratas.
Sebelum ini, JDT dilihat menggunakan trio Safawi,Cabrera dan Hazwan di bahagian serangan. Walaupun dilihat boleh menjalankan tugas dengan baik, namun trio ini dilihat bergelut apabila JDT berdepan dengan lawan yang sama kuat serta sama jebat seperti mereka.
Lihat saja dalam saingan Piala AFC dimana JDT gagal untuk mara ke pusingan seterusnya. JDT juga gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dimana mereka tewas kepada pasukan Pahang.
Jadi penting untuk JDT mempunyai barisan serangan yang mampu beraksi dengan konsisten dan tajam di setiap perlawannan. Apatah lagi jika mereka menjadi juara Liga Super musim ini, mereka akan bermain dalam temasya Liga Juara-Juara Asia dimana kelab-kelab terbaik di rantau Asia akan berkumpul.
Apa pendapat anda mengenai pendapat kami dimana Safawi Rasid dan Harry Novillo mampu untuk menjulang Johor Darul Ta’zim apabila kedua-dua pemain ini diturunkan dalam kesebelasan utama ? Mampukah Novillo mencipta impak secara drastis sebagaimana pemain yang beliau gantikan iaitu Jorge Pereyra Diaz ?
Atau Harry Novillo bakal mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak pemainan yang digunakan oleh Raul Longhi ?
Baca Juga: Harry Novillo Pengganti Jorge Pereyra Diaz