Safawi Dan Sumareh Mainkan Peranan Penting
- Harimau Malaya
- Nov 30, 2018
- No comment
Pasukan kebangsaan sedang rancak membuat persiapan menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang pasukan Thailand pada esok. Di sini, penulis berpendapat Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid bakal memainkan peranan penting dalam membantu barisan serangan pasukan negara.
Mengapa penulis memilih Sumareh dan Safawi adalah kerana kedua-dua pemain ini menampilkan persembahan yang baik pada perlawanan menentang pasukan Myanmar minggu lalu. Jadi berkemungkinan besar kedua-dua pemain bakal menjadi pilihan Tan Cheng Hoe untuk mengisi posisi sayap.
Sumber Gambar: FAM
Pada perlawanan menentang Myanmar, Sumareh dan Safawi berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan dengan larian pantas serta kawalan bola yang baik oleh kedua-dua pemain. Pertahanan kanan dan kiri Myanmar nyata berdepan kesukaran untuk mengawal pergerakan Pawi dan Sumareh.
Hanya saja nasib tidak menyebelahi keduanya untuk menjaringkan gol meskipun dihidangkan dengan beberapa peluang keemasan untuk mencetak jaringan.
Pada perlawanan menentang Thailand nanti, barisan pertahanan skuad Gajah Perang sudah pasti bakal mengunci pergerakan penjaring terbanyak pasukan negara setakat ini, Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi nadi utama kepada segala gerakan serangan pasukan negara pada perlawanan sebelumnya.
Jika perkara ini berlaku, maka Safawi dan Sumareh perlu tampil dengan cemerlang di bahagian sayap bagi membantu Matyo dan seorang lagi penyerang, Zaquan Adha untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sekaligus mencari jaringan.
Seprang lagi pemain yang boleh digunakan sebagai senjata untuk merobek gawang Thailand ialah penyerang Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri Fauzi. Pengalaman beraksi di Thai League 1 selama 5 bulan yang dimiliki oleh Eki sedikit-sebanyak boleh membantu pasukan negara dalam mencari bekalan selesa.
Apa yang pasti, penting untuk para pemain tidak memandang pasukan Thailand terlalu tinggi dan memberikan cabaran sengit kepada juara bertahanan Piala AFF itu.
Meskipun di atas kertas pasukan Thailand dilihat lebih kuat dan lebih baik berbanding pasukan negara, namun pentas separuh akhir bakal menghadirkan kejutan yang tersendiri. Tiada apa yang mustahil untuk Harimau Malaya.
Baca Juga: Tiada Rasa Gentar – Syamer Kutty Abba