Safawi Dan Sumareh Tarik Perhatian Peminat Buriram United

Persembahan dua pemain sayap negara, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh pada perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2018 menentang Thailand Sabtu lalu berjaya menarik perhatian peminat Buriram United.

Seorang pengguna Twitter, @juanbudiman memuat naik satu tweet di Twitter milik beliau dimana mengndungi post di Instagram milik kelab peminat Buriram United dimana dalam post tersebut mereka menyebut Safawi dan Sumareh menampilkan aksi yang baik pada perlawanan menentang Thailand.

Pada perlawanan Sabtu lalu, nasib nyata tidak menyebelahi pasukan negara apabila gagal untuk memperoleh kelebihan awal pada perlawanan pertama. Safawi dan Sumareh sendiri memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun percubaan kedua-dua pemain tidak menepati sasaran.

Pada sepuluh minit pertama, Safawi melakukan beberapa percubaan namun rembatan beliau sekadar melewati palang gol pasukan lawan. Akan tetapi, yang paling disayangkan ialah percubaan Sumareh pada minit ke-30.

Beliau hanya berdepan dengan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom namun percubaan pemain sayap Pahang ini tidak menerjah gawang lawan dan hanya sekadar melewati tiang gol. Perkara sama juga terjadi pada separuh masa kedua sekaligus memberikan keputusan seri buat pasukan negara.

Jika Safawi dan Sumareh menampilkan aksi yang cemerlang pada perlawanan separuh akhir kedua di Bangkon Rabu ini, tidak mustahil skuad Harimau Malaya boleh mencipta kejutan dan mara ke perlawanan akhir saingan edisi kali ini.

Selain itu, mungkin ada kelab dari saingan Tha League 1 yang mahu mendapatkan khidmat kedua-dua pemain ini bagi memantapkan lagi pasukan mereka untuk menghadapi saingan musim 2019 jika mereka menampilkan aksi yang cemerlang dan membantu Malaysia meraih kejuaraan. Kali terakhir pasukan negara memenangi Piala AFF ialah pada edisi 2010.

Buriram United akan beraksi dalam saingan Asia Champions League (ACL) manakala satu lagi kelab Thai League, Bangkok United turut beraksi di kejohanan ACL tetapi harus melalui peringkat kelayakan terlebih dahulu.

Jika bukan Buriram dan Bangkok United, masih ada kelab lain seperti Muanthong United dan Port FC yang dilihat menjadi destinasi sesuai untuk pemain Malaysia.

Baca Juga: Malaysia Masih Miliki Kelebihan – Tan Cheng Hoe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *