Safawi Rasid Minta Maaf Acukan Jari Tengah
- Harimau Malaya
- Nov 19, 2018
- No comment
Nama Safawi Rasid menjadi topik perbualan peminat bola sepak tanah air setelah tindakan kontroversi beliau yang mengacukan jari tengah ke arah salah seorang peminat selepas perlawanan pasukan negara menentang Vietnam pada Jumaat lalu.
Pawi tunjuk fu** kat sape? Cian mamat yg kene fu*k tu pic.twitter.com/ODYi5Dki3D
— MY Soccer League (@mysoccerleague) November 17, 2018
Seorang peminat menghantar mesej di laman media sosial, Instagram kepada ketua pasukan, Zaquan Adha sebagai tanda kekecewaan beliau di atas tindakan melulu yang dilakukan oleh Safawi. Peminat “setia” ini turut memberikan amaran kepada Pawi untuk tidak melakukan perkara yang bukan-bukan yang boleh mengancam karier beliau.
Zaquan kemudiannya mewakili Safawi dan seluruh pemain negara memohon maaf kepada peminat yang menghantar mesej kepada beliau dan meminta peminat tersebut untuk memaafkan pemain berusia 21 tahun itu. Zaquan juga mengatakan beliau faham dengan perasaan penyokong yang terbang ke Hanoi bagi memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.
Berikutan pesanan yang viral di media sosial, tuan punya badan kemudiannya mengeluarkan kenyataan di mana media sosial Instagram milik beliau dan meminta maaf di atas tindakannya yang mengacukan jari tengah kepada peminat.
Pawi dah mintak maaf tu…mari la kite berdoa 24/11/2018 kite menang….ayuh turun ke stadium.. pic.twitter.com/q7DBASdhoP
— Hassan_Mutalin (@mutalinnsons) November 17, 2018
Harimau Malaya gagal untuk mencatat kemenangan ketiga ketika bertandang ke Hanoi dalam saingan peringkat kumpulan A sekaligus telepas peluang untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir dengan lebih awal.
Meskipun menguasai permainan, namun kegagalan untuk menyempurnakan peluang terhidang dan ketajaman barisan serangan pasukan Vietnam menjadi punca Malaysia terpaksa berputih mata.
Kini, Malaysia perlu menang besar ke atas pasukan Myanmar pada perlawanan terakhir bagi mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak edisi 2014.
Apa yang perlu dilakukan ialah lupakan saja segala peristiwa dan kontroversi yang berlaku di Hanoi dan marilah kita memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini bagi menyemarakkan lagi semangat pemain Harimau Malaya.
Baca Juga: Aidil Zafuan Sukar Terima Kekalahan