Safee Sali Mahu Matyo Lebur Rekod Piala AFF

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Safee Sali mahukan Norshahrul Idlan Talaha untuk memecahkan rekod jaringan pemain tempatan dalam saingan Piala AFF Suzuki.

Setakat ini, Matyo mempunyai lapan gol sepanjang beliau beraksi dalam saingan Piala AFF dimana penyerang Pahang ini ketinggalan satu gol dibelakang Safee Sali dan Indera Putera Mahayuddin yang mempunyai sembilan gol.

Safee yang menjadi nadi utama pasukan negara ketika memenangi saingan edisi 2010 percaya bekas rakan seperjuangan beliau mampu untuk memberikan yang terbaik sekaligus meleburkan rekod yang dipegang oleh beliau.


Sumber Gambar: Tribunnews

“Saya harap Mat Yo dapat meleburkan rekod jaringan kami itu sekali gus dapat membawa Malaysia ke final. Saya percaya dia boleh melakukannya kerana dia kini berada di prestasi terbaik,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bekas penyerang Selangor dan Johor Darul Ta’zim ini pernah membentuk gandingan emas bersama Matyo pada tahun 2010 hingga 2012. Gandingan kedua-dua pemain ini menjadi senjata utama Malaysia sepanjang tempoh itu.

Tambah Safee, beliau sedikit terkejut dengan kebangkitan yang dipamerkan oleh Matyo kerana beliau perlu bersaing dengan beberapa penyerang muda dalam pasukan.

“Agak terkejut dengan prestasi Mat Yo kerana dalam saingan Liga Malaysia, prestasinya tidak begitu menyerlah tapi akhir-akhir ini dia berjaya membuktikan kemampuannya. Namun kelebihan yang ada pada Mat Yo adalah kelincahan dan naluri pemusnahnya,” tambah Safee.

Penyerang berusia 34 tahun ini juga menggesa para pemain pasukan negara untuk tidak terlalu memikirkan mengenai kekuatan pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Walaupun Thailand kita akui pasukan yang hebat, tapi kita tidak perlu terlalu memikirkan sangat mengenai mereka. Apa yang penting kita fokus kepada pasukan kita sendiri dan mengikut perancangan yang diatur jurulatih,” jelasnya.

Apa yang pasti, bisa Mayto bakal ditagih dalam perlawanan penting ini dan diharapkan beliau dapat mengekalkan rentak jaringan bagi memastikan skuad Harimau Malaya membawa bekalan selesa ke Bangkok pada 5 Disember nanti.

Baca Juga: Sumareh Tenang Walau Belum Cipta Jaringan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *