“Saya Tidak Gembira!”

Pada Selasa lalu, Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) telah mengumumkan bahawa mereka telah melantik legenda Manchester United, Ryan Giggs sebagai pengganti kepada Chris Coleman sebagai pengurus skuad kebangsaan Wales yang baru. Bekas pemain Manchester United ini menandatangani kontrak selama 4 tahun. Ryan Giggs diberi sasaran untuk membawa Wales layak ke kejohanan UEFA EURO edisi 2020. Namun, tidak semuanya senang hati dengan pelantikan Ryan Giggs sebagai pengurus Wales. Orang paling lantang ialah bapa beliau. Bapa Giggs, Danny Wilson berkata “saya tidak setuju!” dengan pelantikan tersebut.

Selain tidak gembira, Wilson juga menganggap pelantikan Giggs sebagai satu perkara yang memalukan bagi bola sepak Wales itu sendiri. Sebab utama mengapa Wilson tidak gembira adalah Giggs pernah terpaling dengan skandal bersama kakak ipar beliau beberapa tahun lalu. Tragedi tersebut nyata meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga Giggs.

Bukan saja bapa Ryan Giggs tidak bersetuju dengan pelantikan beliau. Para peminat bola sepak Wales juga berbelah bahagi dalam perkara ini. Sesetengah peminat menganggap pelantikan Giggs adalah langkah yang bagus mengenangkan Giggs pernah bekerja di bawah jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson dan jurulatih berpengalaman dari Belanda, Louis Van Gaal. Dalam yang menyokong ada juga yang menentang keputusan ini. Ada sebahagian besar peminat merasakan Giggs tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana semasa zaman aktif beliau, Giggs jarang mewakili pasukan kebangsaan apabila mereka memerlukan beliau.

Kami faham mengapa Ryan Giggs dikecam oleh sebahagian besar peminat. Bagi nama sebesar beliau, Giggs hanya mempunyai 64 penampilan bersama pasukan Wales. Jauh berbeza dengan pemain legenda negara lain yang memiliki lebih banyak penampilan berbanding beliau. Bekas rakan sepasukan Giggs, Clayton Blackmore menyalahkan Sir Alex Ferguson bagi perkara ini.

Kami berpendapat peminat bola sepak Wales harus memberi Ryan Giggs peluang bagi membuktikan kebolehan beliau. Pengalaman beliau ketika beekrja di bawah Sir Alex dan Van Gaal boleh dimanfaatkan.

Apa pendapat anda mengenai pelantikan Ryan Giggs sebagai pengurus Wales ? Adakah beliau akan berjaya ?

Baca Juga: Pasukan “Underdog” Yang Membuat Kejutan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *