Selangor Lepaskan 7 Pemain
- Liga Super
- Nov 29, 2018
- No comment
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk melepaskan 7 pemain bagi digantikan dengan pemain baru menjelang saingan Liga Malaysia musim 2019. Selangor mengumumkan pelepasan tujuh pemain ini di laman media sosial rasmi pasukan
ONCE RED, ALWAYS RED.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kepada beberapa pemain yang bakal meninggalkan keluarga Red Giants bagi musim 2019.
Segala jasa yang telah dicurahkan buat pasukan ini akan terus kekal terpahat dan terbuku dalam sejarah Selangor selamanya. pic.twitter.com/dNWBHWu7FV
— FA Selangor (@FASelangorMy) November 28, 2018
“Segala jasa yang telah dicurahkan buat pasukan ini akan terus kekal terpahat dan terbuku dalam sejarah Selangor selamanya.
Bagai air yang dicincang, takkan putus. Selangor FA sentiasa mendoakan agar pemain-pemain ini memperoleh kejayaan di tempat yang baru,” menurut kenyataan yang dikeluarkan FAS.
Dalam 7 pemain yang dilepaskan itu, dua daripadanya merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pasukan Selangor. Norazlan Razali dan Razman Roslan setia beraksi bersama pasukan walaupun FAS dilanda pebagai krisis pada musim 2017.
Setakat ini, hanya Shahrul Igwan Shamsuddin sahaja yang sudah mempunyai pasukan baru menjelang saingan musim hadapan. Baki enam lagi pemain masih lagi belum diketahui kemana destinasi mereka pada musim 2019.
Sebelum melepaskan 7 pemain ini, FAS telah berjaya membawa masuk dua pemain baru iaitu pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon dan pemain tengah, Halim Shaari bagi memperkuatkan pasukan.
Dengan pelantikan B.Sathianathan sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru minggu lalu, beliau kemudiannya mengesahkan ada lima lagi pemain tempatan yang akan menyertai keluarga besar Selangor. Kelima-lima pemain ini akan diumumkan setelah ada perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Selain mahu membawa masuk lima pemain tempatan, Sathia menegaskan bahawa beliau juga mahukan penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia dan pemain tengah Indonesia, Evan Dimas kekal bersama pasukan.
Apa yang pasti, pasukan Selangor perlu membawa masuk pemain yang mempunyai kualiti tinggi bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pasukan yang dilepaskan.
Baca Juga: Safiq Rahim Kembali Menyertai Selangor ?