Sentiasa Belajar Dari Kesilapan – Robert Huth

Baru-baru ini Inikan Bola berkesempatan untuk menemubual bekas pemain Chelsea dan Leicester City, Robert Huth pada Selasa lalu di atas jemputan pihak Stadium Astro. Wakil kami mengajukan beberapa soalan dan Huth mempunyai beberapa tips dan nasihat untuk pemain muda meningkatkan tahap permainan dan beraksi di peringkat tertinggi.

Inikan Bola: Anda telah beraksi di peringkat tertinggi seperti pentas Piala Dunia dan juga Liga Perdana Inggeris. Apa tips dan juga nasihat yang boleh anda kongsikan kepada pemain muda di Malaysia untuk menjadi pemain terbaik dan beraksi di peringkat tertinggi seperti anda ?

Robert Huth: Apa yang saya selalu lakukan ialah saya akan memerhatikan pemain yang lebih berusia daripada saya. Cuba belajar daripada mereka dan meminta nasihat daripada jurulatih. Seterusnya saya akan mengkaji kelemahan yang ketara selepas perlawanan.

Banyak perkara yang boleh anda diperbaiki. Yang paling penting anda harus belajar daripada kesilapan. Itu yang paling penting.

Inikan Bola: Kelab dari Malaysia seperti Johor Darul Ta’zim, mereka pernah bekerjasama dengan Borussia Dortmund. Aspek apakah yang boleh diperolehi jika kelab dari Malaysia mengadakan kerjasama dengan kelab dari Eropah.

Robert Huth: Saya rasa kerjasama dengan kelab Eropah akan membantu kelab Malaysia untuk meningkatkan segala aspek sama ada di luar ataupun di dalam padang. Kelab dari Eropah akan memberikan idea baru dari segi pengurusan pasukan dan juga bagaimana untuk meningkatkan lagi nilai pasukan itu sendiri.

Selain itu, mereka juga boleh memberikan cadangan dan juga idea baru mengenai taktikal dan juga modul latihan yang lebih baik. Secara tidak langsung kerjasama tersebut boleh meningkatkan lagi kualiti bola sepak Malaysia.

Selain meminta pandangan beliau mengenai pemain muda, wakil kami turut bertanyakan sedikit mengenai perjalanan beliau ketika beraksi bersama Chelsea dan Leicester City.

Inikan Bola: Namakan dua pemain yang menurut anda merupakan gandingan terbaik anda ketika beraksi di Liga Perdana Inggeris ?

Robert Huth: Jika hanya dua saya akan memilih Wes Morgan dan John Terry. Bersama Morgan saya berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris. Satu pencapaian yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pihak sebelum ini. Saya juga mempunyai masa yang hebat ketika di Leicester.

Inikan Bola: Pada pandangan anda, apa motivasi terbesar di sebalik kejayaan Leicester memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/2016 dan apa kebarangkalian keajaiban seperti itu berlaku lagi ?

Robert Huth: Kemenangan. Itulah yang menjadi motivasi buat kami ketika itu. Tentang kebarangkalian, mungkin 10 atau 20 tahun lagi kita akan menyaksikan Leicester muncul juara sekai lagi. Bergantung kepada prestasi pasukan.

Inikan Bola: Terima kasih Robert.

Robert Huth: Sama-sama.

“Follow Stadium Astro on social media to get updates on the next football legend arriving in KL.”

Stadium Astro (Twitter)
Stadium Astro (Instagram)

Baca Juga: MSN Sambung Khidmat Lim Teong Kim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *