Shahrel Fikri Berpeluang Menjalani Debut

Penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri berpeluang untuk menjalani debut bersama Nakhon Ratchasima apabila pasukan tersebut akan menentang Chiangrai United dalam saingan Piala FA hari ini.

Sejak mengesahkan perpindahan beliau ke Nakhon pada semalam, Shahrel sudah mula menyertai latihan bersama pasukan. Dengan krisis di bahagian serangan yang sedang dihadapi oleh Nakhon ketika ini, Shahrel sememangnya mempunyai peluang yang cerah untuk diturunkan.

Setelah melepaskan Paulo Rangel yang kini menyertai pasukan Kedah, Nakhon menghadapi sedikit masalah untuk menjaringkan gol. Sebelum dilepaskan, Rangel menjadi harapan utama pasukan untuk menjaringkan gol dimana beliau berjaya menjaringkan 16 gol dalam 31 perlawanan bersama Nakhon.

Nakhon merupakan pasukan yang hanya mampu menjaringkan 22 gol dalam saingan Thai League 1. Pencapaian tersebut merupakan pencapaian kedua terburuk dalam Liga di mana hanya Air Force Central yang menjaringkan gol paling sedikit.

Jika Shahrel menunjukkan kerja keras beliau ketika sesi latihan, tidak mustahil ketua jurulatih Nakhon, Milos Joksic akan menurunkan Shahrel dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Chiangrai malam ini.

Keupayaan Shahrel untuk menjaringkan gol serta bermain di mana-mana posisi di bahagian serangan membuatkan beliau mempunyai peluang yang cerah untuk menjalani debut bersama Nakhon.

Dan jika beliau diturunkan, maka ianya akan menjadi satu permulaan yang baik bagi Shahrel selepas Curran Ferns yang kini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bagi pasukan Shukothai FC.

Apa yang penting, Shahrel harus sentiasa bekerja keras bagi memastikan mana beliau menjadi pilihan ketua jurulatih. Besar harapan peminat bola sepak negara untuk melihat Shahrel berjaya di Thailand.

Apa pendapat anda mengenai peluang Shahrel Fikri untuk menjalani debut bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC apabila pasukan tersebut akan menentang Chiangrai United dalam perlawanan Piala FA hari ini ?

Baca Juga: Shahrel Fikri Bakal Ke Thailand

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *