Siapa Yang Bakal Mengisi Jentera Serangan JDT ?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim antara pasukan terawal yang melengkapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2019. Di sini, penulis mahu membincangkan tentang pemain yang bakal menjadi pilihan utama untuk mengisi jentera serangan pasukan.

Kita sedia maklum bahawa JDT mempunyai antara barisan serangan terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini. Mereka mempunyai empat pemain tempatan yang mempunyai kualiti tersendiri ditambah dengan dua pemain import yang sememangnya berada dalam kelas tersendiri.

Dalam penulisan ini, penulis bakal meletakkan rating mengenai peluang enam pemain yang dimaksudkan untuk tampil dalam kesebelasan utama.

1. Diogo Luis Santo

Sumber Gambar: JST

Penyerang dari Brazil ini mempunyai catatan yang luar biasa dimana beliau telah menjaringkan 101 dalam saingan Thai League 1 sepanjang beraksi bersama Buriram United. Dengan catatan cemerlang beliau, sudah pasti Diogo bakal diturunkan bagi mengisi posisi penyerang utama.

Rating: 10/10

2. Safawi Rasid

Sumber Gambar: JST

Safawi beraksi dengan baik musim lalu dimana beliau menjaringkan 16 gol dalam semua kejohanan. Ditambah dengan kecemerlangan ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan, satu posisi sayap hampir pasti menjadi milik Pawi.

Rating: 9/10

3. Gonzalo Cabrera

Sumber Gambar: JST

Gonzalo Cabrera menjadi penjaring terbanyak JDT dalam saingan Liga Super dengan torehan sebanyak 9 gol dan beliau merupakan salah satu pemain import terbaik pasukan musim lalu. Bagi saingan musim ini, tidak mustahil Cabrera diberi kepercayaan untuk mengisi salah satu posisi sayap.

Rating: 9/10

4. Akhyar Rashid

Sumber Gambar: JST

Akhyar menjadi tambahan terbaru dalam barisan serangan JDT. Pemain muda ini diturunkan ketika JDT menewaskan Home United dalam satu perlawanan persahabatan dan Akhyar mendapat pujian di atas persembahan baik beliau.

Namun penulis berpendapat beliau bakal berdepan cabaran sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kerana beliau bakal bersaing dengan Safawi dan Cabrera yang telah membuktikan kecemerlangan mereka.

Rating: 7/10

5. Syafiq Ahmad

Sumber Gambar: JST

Dengan adanya Diogo Luis Santo, penulis melihat sukar untuk Syafiq mencabar tempat dalam kesebelasan utama.

Rating: 5/10

6. Hazwan Bakri

Sumber Gambar: JST

Sama seperti Syafiq, Hazwan dilihat sukar untuk mencabar tempat bagi mengisi posisi penyerang utama pasukan. Namun, beliau masih berpeluang untuk mencabar posisi sayap memandangkan Hazwan mampu untuk beraksi di posisi tersebut.

Rating: 6/10

Apa yang pasti, JDT tidak perlu risau sekiranya mereka mahu membuat rombakan di bahagian serangan kerana enam pemain yang dimaksudkan di atas mempunyai kualiti yang tersendiri.

Baca Juga: Liridon Krasniqi Bakal Perkuat Johor Darul Ta’zim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *