Siapa Yang Bayar Mahal ?

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa kelab beliau tidak membayar gaji yang mahal kepada para pemain dan mereka merupakan kelab yang menjaga perbelanjaan pasukan.

Baginda menjelaskan tentang bayaran yang diberikan kepada para pemain JDT dalam satu post di media sosial Johor Southern Tigers. TMJ memberikan contoh beberapa pemain JDT yang menerima gaji yang disifatkan rendah. Pemain seperti Haziq Nadzli menerima gaji hanya RM11,000.

Safawi Rasid pula, penjaring terbanyak tempatan JDT untuk musim ini yang juga merupakan pemain muda bernilai hanya menerima gaji sebanyak RM12,000. Syameer Kutty Abba pula menerima RM14,000 dan pemain yang beraksi di Portugal sebelum ini, Dominic Tan menerima RM 15,000.

Tambah TMJ, JDT telah melepaskan beberapa pemain yang menerima gaji yang tinggi sebelum ini seperti Safee Sali, Nazrin Nawi, S.Chanturu dan R.Gopinathan. TMJ juga menyebutkan beberapa pemain yang menerima gaji yang tinggi seperti Indra Putra Mayuddin yang dibayar sehingga RM70 ribu dan Norshahrul Idlan Thalaha yang dibayar sehingga RM100 ribu semasa bermain dengan ATM.

Oleh itu, TMJ menyalahkan pihak pengurusan sekiranya sesebuah pasukan mengalami masalah kewangan dan mereka tidak perlu menyalahkan JDT sebagai alasan di atas kesilapan yang dilakukan.

TMJ menjelaskan dimana ketika baginda menandatangani Safawi Rasid daripada T-Team pada musim lalu. Ada pasukan yang menawarkan gaji sehingga RM 40,000 kepada Safawi namun pemain muda ini lebih memilih untuk datang ke JDT dengan gaji RM 12,000.

Ini kerana JDT mempunyai fasiliti terbaik, jurulatih yang bagus dan dikelilingi oleh pemain yang terbaik dan berpeluang untuk bermain di peringkat antarabangsa seperti Piala AFC. Para pemain JDT juga menerima gaji yang munasabah dan tidak terlalu mahal kerana mereka juga menerima bonus yang mencukupi.

Akhir sekali, TMJ menyatakan jika ada pihak mengatakan pemain datang ke JDT kerana duit sahaja sebenarnya ia sama sekali tidak benar. Meraka datang ke bumi Johor kerana ingin bermain untuk sebuah kelab bola sepak yang profesional.

TMJ juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada JDT kerana telah memenangi 11 piala dengan fasiliti terbaik, kejayaan luar dan dalam padang tanpa menggunakan satu sen pun duit dari kerajaan.

Baca Juga: Thai League 1 Destinasi Yang Sesuai Buat Danial Amier

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *