Siapakah Samuel Rosa Goncalves ?
- Liga Super
- Apr 15, 2018
- No comment
Apabila pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar dengan Harry Novillo dan seorang lagi pemain, peminat tertanya-tanya tentang siapa seorang lagi pemain yang berada dalam gambar tersebut. Pemain tersebut adalah Samuel Rosa Goncalves.
Samuel Rosa Goncalves ketika ini bermain untuk kelab Emiriah Arab Bersatu, Hatta Club yang bermain di UAE Arabian Gulf Club yang merupakan Divisyen pertama Liga negara tersebut. Pemain berusia 27 tahun ini bermain di posisi penyerang. Adakah beliau yang akan menggantikan Luciano Figueroa pada jendela perpindahan kedua nanti ?
Samuel Rosa memulakan karier sebagai pemain profesional bersama kelab Fluminense pada 2012. Setelah itu, beliau kemudiannay menyertai lima pasukan secara pinjaman antaranya Los Angeles Galaxy, Goisas, Sport FC, Ferroviaria dan Hatta Club dimana beliau ditandatangani secara perpindahan kekal pada musim lalu.
Bersama Hatta Club, musim lalu beliau berjaya menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga. Musim ini, beliau hanya mampu untuk menjaringkan 3 gol. Jika kita melihat kepada pattern karier Samuel Rosa sampai saat ini, beliau hanya kekal selama satu musim apabila menyertai pasukan baharu. Tempoh paling lama beliau kekal bersama satu pasukan ialah bersama Fluminense dimana beliau bermain selama selama 5 musim.
Dan jumlah jaringan yang beliau hasilkan tidak pernah melebihi daripada 10 jaringan semusim. Berbeza dengan penyerang yang semalam kami bawakan iaitu Rafael Da Silva yang mempunyai rekod lebih baik daripada Samuel Rosa.
Walau apa pun, jika benar TMJ memilih Samuel Rosa sebagai pengganti kepada Luciano Figueroa, maka tugas besar sedang menanti beliau bersama Johor Darul Ta’zim. Beliau harus segera menyesuaikan diri dengan corak dan juga suasana pasukan agar beliau menjaringkan gol dengan kadar yang segera.
Apa pendapat anda mengenai Samuel Rosa Goncalves sebagai pengganti Luciano Figueroa ? Adakah beliau pengganti yang tepat untuk Lucho ? Atau JDT harus mencari pemain lain yang mempunyai rekod jaringan yang lebih baik berbanding Samuel Rosa ?
Baca Juga: Rafael Da Silva Pengganti Luciano Figueroa ?