Simon McMenemy Calon Sesuai Kendalikan Selangor

Teka-teki mengenai siapa yang akan menjadi ketua jurulatih pasukan Selangor musim hadapan masih lagi belum belum diselesaikan. Di sini, penulis berpendapat Simon McMenemy adalah calon yang sesuai untuk mengisi kerusi panas tersebut.

Simon berjaya mengejutkan komuniti bola sepak Asia Tenggara apabila beliau membimbing Bhayangkara FC muncul sebagai juara Liga 1 Indonesia musim 2017. Bhayangkara berjaya mengetepikan pasukan yang mempunyai pemain bintang seperti Bali United, PSM Makassar dan Persija Jakarta.

Ramuan utama Simon dalam membimbing Bhayangkara muncu sebagai juara Liga 1 musim lalu ialah penggunaan pemain muda dalam pasukan beliau. Ketika itu, Bhayangkara diperkuat oleh pemain Selangor ketika ini, Evan Dimas dan Ilham Udin serta Putu Gede Juni Antara dan Zulfiandi.

Selain itu, kejayaan Simon dalam menggabungkan pemain muda dan pemain senior dalam pasukan seperti Ilija Spasojevic dan Paulo Sergio juga menjadi salah satu faktor Bhayangkara muncul sebagai juara. Gandingan keduanya menampilkan satu persembahan yang konsisten sepanjang musim.

Kita sedia maklum pasukan Selangor sememangnya tidak pernah ketandusan pemain muda. Setiap musim ada saja pemain muda yang berjaya dihasilkan dan kemudiannya memainkan peranan penting buat pasukan.

Perkara ini dilihat sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh Simon McMenemy. Beliau mampu untuk “menghidupkan” semula Evan Dimas dan Ilham Udin sepertimana ketika kedua-dua pemain ini beraksi di bawah bimbingan Simon.

Jurulatih berusia 40 tahun ini juga kaya dengan pengalaman dalam membimbing pasukan di rantau Asia Tenggara ini. Simon pernah membimbing kelab Vietnam, Long Anh FC, kelab Filipina, Loyola Meralco Sparks dan beberapa kelab Indonesia selain Bhayangkara iaitu Mitra Kukar dan Pelita Bandung Raya.

Apa yang pasti, jurulatih yang bakal mengisi kerusi panas sebagai ketua jurulatih Selangor musim hadapan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar bagi mengembalikan Gergasi Merah ke puncak kegemilangan.

Kali terakhir Selangor memenangi kejuaraan Liga Super ialah pada musim 2010 manakala kali terakhir Selangor memenangi Piala FA pula ialah pada tahun 2009. Peminat paling mendambakan dua kejuaraan ini dan musim hadapan merupakan peluang pasukan untuk meraihnya.

Baca Juga: Mehmet Hampir Pasti Kekal Mengendalikan Perak

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *