Skuad Penuh Tiga Pasukan Asia Tenggara Dalam Piala Asia 2019
- Luar Negara
- Jan 3, 2019
- No comment
Temasya Piala Asia 2019 yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu akan membuka tirainya pada Ahad ini dimana tiga pasukan Asia Tenggara akan mengambil bahagian dalam temasya tersebut. Di sini, kami rangkumkan skuad penuh yang akan dibawa bagi mewakili pasukan Thailand, Vietnam dan Filipina.
1. Thailand
Sumber Gambar: Pinterest
Pasukan paling berjaya di rantau Asia Tenggara ini mengekalkan beberapa nama yang beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu seperti Adisak Kraisorn dan Tanaboon Kesarat.
Selain itu, Milovan Rajevac turut memanggil beberapa nama yang dipinggirkan sebelum ini seperti Teerasil Dangda dan Chanathip Songkrasin.
Berikut adalah skuad penuh pasukan Thailand:
Penjaga Gol: Chatchai Budprom (BG Pathum United), Saranon Anuin (Chiangrai United), Siwarak Tedsungnoen (Buriram United)
Pertahanan: Theerathon Bunmathan (Muangthong United), Chalermpong Kerdkaew (Nakhon Ratchasima), Adisorn Promrak (Muangthong United), Pansa Hemviboon (Buriram United), Korrakot Wiriyaudomsiri (Buriram United), Suphan Thongsong (Suphanburi), Mika Chunuonsee (Bangkok United), Tristan Do (Bangkok United)
Tengah: Sasalak Haiprakhon (Buriram United), Sumanya Purisai (Bangkok United), Thitipan Puangchan (BG Pathum United), Sanrawat Dechmitr (Bangkok United), Tanaboon Kesarat (PG Pathum United), Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo), Pokklaw Anan (Bangkok United)
Penyerang: Adisak Kraisorn (Muangthong United), Teerasil Dangda (Muangthong United), Chananan Pombuppha (Suphanburi), Siroch Chatthong (PT Prachuap), Supachai Jaided (Buriram United)
2. Vietnam
Sumber Gambar: Fox Sport Asia
Juara Piala AFF 2018 ini turut membawa beberapa pemain terbaik mereka. Namun, ketua jurulatih, Park Han-seo tidak menyenaraikan pemain berpengalaman, Nguyen Van Quyet dan Nguyen Anh Duc dalam skuad kali ini.
Penjaga Gol: Dang Van Lam (Hai Phong), Nguyen Tuan Manh (Sanna Khanh Hoa BVN), Bui Tien Dung (FLC Thanh Hoa)
Pertahanan: Do Duy Manh (Hanoi), Que Ngoc Hai (Song Lam Nghe An), Bui Tien Dung (Viettel), Doan Van Hau (Hanoi), Ho Tan Hai (Becamex Binh Duong), Nguyen Thanh Chung (Hanoi)
Tengah: Luong Xuan Truong (Hoang Anh Gia Lai), Nguyen Huy Hung (Quang Nam), Nguyen Trong Hoang (FLC Thanh Hoa), Ngan Van Dai (Hanoi), Nguyen Phong Hong Duy (Hoang Anh Gia Lai), Tran Minh Vuong (Hoang Anh Gia Lai), Pham Duc Huy (Hanoi), Do Hung Dung (Hanoi), Phan Van Duc (Song Lam Nghe An)
Penyerang: Nguyen Van Toan (Hoang Anh Gia Lai), Nguyen Cong Phuong (Hoang Anh Gia Lai), Ha Duc Chinh (Shb Da Nang), Nguyen Quang Hai (Hanoi), Nguyen Tien Lien (Becamex Binh Duong)
3. Filipina
Sumber Gambar: PFF
Pasukan bimbingan Sven-Goran Eriksson ini membawa nama-nama besar seperti Younghusband bersaudara dan bekas pemain Felda United, Ian Ramsay.
Penjaga Gol: Nathanael Villanueva (Kaya FC-Iloilo), Michael Falkesgaard (Bangkok United), Kevin Ray Hansen (Horsens)
Pertahanan: Alvaro Silva (Kedah), Carli de Murga (Ceres-Negros), Daisuke Sato (Sepsi Sfântu Gheorghe), Stephan Palla (Buriram United), Luke Woodland (Suphanburi), Adam Tull (NA), Curt Dizon (Ceres-Negros), Paul Mulders (Ceres-Negros)
Tengah: John-Patrick Strauss (Erzgebirge Aue), Iain Ramsey (Sukhothai), Manuel Ott (Ceres-Negros), Kevin Ingreso (Ceres-Negros), Stephan Schrock (Ceres-Negros), Miguel Tanton (Ceres-Negros), James Younghusband (Davao Aguilas), Mike Ott (Ceres-Negros)
Penyerang: Jovin Bedic (Kaya FC-Iloilo), Phil Younghusband (Davao Aguilas), Patrick Reichelt (Ceres-Negros), Javier Patino (Buriram United)
Itulah dia skuad penuh bagi 3 pasukan Asia Tenggara yang akan beraksi dalam temasya Piala Asia 2019. Meskipun bakal beraksi menentang pasukan yang lebih besar dan kuat, diharapkan pasukan Asia Tenggara ini dapat memberikan cabaran sekaligus mencipta kejutan.
Baca Juga: Tan Cheng Hoe Kini Berstatus Ejen Bebas ?