Status Shafiq Shahrudin Undang Resah Peminat

Status yang dimuat naik oleh penyerang Kelantan, Shafiq Shahrudin di media sosial milik beliau mencetuskan kerisauan di kalangan para peminat mengenai masa depan penyerang itu bersama pasukan Kelantan musim hadapan.

Shafiq Shahrudin kemudiannya menjelaskan status yang dimuat naik itu hanyalah bersifat ucapan setelah kempen Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2018 berakhir di peringkat suku akhir.

“Tidak ada maksud untuk saya keluar daripada pasukan Kelantan (musim 2019). Lagipun saya belum memuktamadkan perjalanan karier bola sepak untuk musim depan,” katanya kepada Kosmo.

Dikhabarkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim ini masih lagi mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga musim 2019.

Dalam masa yang sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menyeru agar barisan pemain Kelantan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai hala tuju mereka musim depan menerusi laman sosial peribadi sebelum berbincang dengan pihaknya.

“Kita akan adakan satu maj­lis perjumpaan bersama pemain pada masa terdekat untuk melakukan perbincangan bagi musim depan.

“Setakat ini hanya dua pemain yang telah tamat kontrak bersama kami, namun KAFA telah menawarkan sambungan kontrak untuk kekal bersama kami,” kata Bibi.

Bibi berkata demikian kerana tidak mahu berlaku salah faham diantara pemain dan juga pengurusan pasukan.

Sebelum ini, masa depan pemain Kelantan menjadi tanda tanya selepas skuad The Red Warriors akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

Antara pemain yang belum pasti kedudukannya bersama pasukan ialah pemain muda, Nik Akif Syahiran. Prestasi cemerlang Nik Akif bersama skuad bawah 19 tahun dan 23 tahun negara membuatkan pemain ini menjadi sasaran beberapa kelab dalam dan juga luar negara yang mahu mendapatkan khidmat beliau.

Apa yang pasti, KAFA bakal berdepan tugas sukar untuk mengekalkan pemain terbaik mereka khususnya pemain muda kerana mereka tidak lagi beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Apa pendapat anda mengenai masa depan pemain muda Kelantan bersama pasukan tersebut pada saingan musim hadapan ? Adakah mereka akan kekal beraksi bersama bekas juara Piala Malaysia itu ? Atau mencari cabaran lain bersama pasukan dalam Liga Malaysia ?

Baca Juga: Nik Akif Tunggu Panggilan Bojan Hodak

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *