Suara Kelab Penyokong : Suara Majoriti atau Suara Sumbang ?

Sekiranya anda memgikuti scene bolasepak Malaysia dari 90an anda pasti akan biasa dengan terma “kelab penyokong.” Biasanya mereka ini sering dipanggail sebagai orang kuat atau pon orang penting oleh sesetengah penyokong. Hal ini kerana setiap kali perlawanan akhir atau perlawanan away mereka merupakan tulang belakang penyokong dalam mendapatkan tiket dan juga bas. Tradisi tersebut masih kekal walaupun wujud kelompok penyokong lain yang bergerak secara bebas. Bapa penulis sering bercerita pengalaman beliau mengendalikan isu tiket dan bas semasa beliau aktif.

Zaman milenia kini kelab penyokokng semakin aktif. Seiring dengan kemajuan teknologi dan media cetak, acap kali kita akan terbaca status-status atau kenyataan panas sekiranya prestasi pasukan mereka kurang memberangsangkan. Tidak salah bersuara. Kadangkala kenyataan yang dikeluarkan agak kontroversi sehingga mempengaruhi keputusan FA mahupun kelab. Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya, adakah ini kenyataan dari suara majoriti atau sekadar suara-suara sumbang ?

Hak bersuara hak semua warganegara. Penulis sama sekali tidak menafikan hak tersebut. Akan tetapi kesan negatif yang mempengaruhi FA (ini tak termasuk mana-mana ahli yang ada hubungan rapat dengan orang penting FA) kadangkala menyebabkan pasukan hilang keharmonian. Ade pasukan menukar pemain dan juga jurulatih hanya kerana kenyataan-kenyataan panas mereka sama ada di media sosial mahupun media cetak. Ingatlah, anda tidak mewakili suara majoriti. Pendapat anda hanya pendapat individu. Sedar atau tidak, perkara begini akan menjadi kudis dan kanser dalam scene bolasepak kita.

Selain dari lidah rasmi kelab penyokong, kelompok alternatif penyokong lain juga tidak kurang hebatnya. Dengan menggunakan media sosial, mereka semakin kurang segan silu dalam mengutarakan pendapat. Tidak kurang juga bahasanya kadangkala kurang enak kurang sesuai dibaca. Ingatlah, pengguna media sosial terdiri dari pelbagai lapisan umur.

Jadi bagi penulis sendiri, kurangkan la kenyataan negatif. Baik di media cetak atau di media sosial. Bak kata orang, “kalau tak ada apa-apa nak cakap sila diam. Jangan buat-buat pandai” Bila buat-buat pandai itu yang banyak suara-suara sumbang yang mempengaruhi FA sehingga jatuh sesebuah pasukan. Kalau tak cukup bijak jangan cuba-cuba buat cerdik.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *