Subkhiddin Mohd Salleh Letak Jawatan
- Harimau Malaya
- Nov 5, 2018
- No comment
Subkhiddin Mohd Salleh telah mengumumkan bahawa beliau meletak jawatan sebagai EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil badan induk itu hari ini.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat oleh Subkhiddin selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil di Wisma FAM, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada majikannya.
TERBARU
Subkhiddin Salleh ambil keputusan meletak jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa pengadil FAM sebentar tadi.
Butirannya bersama @fnasrom di Nadi Arena nanti. pic.twitter.com/BPHd6HGiSv
— AdamZamri (@Adam_Zamriii) November 5, 2018
Menurut Subkhiddin Mohd Salleh, keputusan itu dibuat selepas pelbagai kritikan yang diterimanya mengenai mutu pengadilan J.SUresh pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu antara pasukan Perak menentant Terengganu FC hingga membabitkan ahli keluarganya.
Subkhiddin menjadi sasaran kritikan pedas peminat dimana mereka mempersoalkan bagaimana FAM boleh memberi kebenaran kepada J.Suresh untuk mengadili satu perlawanan besar dan juga mempunyai prestij yang tinggi seperti perlawanan akhir Piala Malaysia.
Pada perlawanan tersebut, beberapa keputusan J.Suresh dianggap kontroversi dan telah merosakkan permainan. Suresh membatalkan dua jaringan pasukan Perak dan beliau turut melayangkan dua kad merah masing-masing kepada Gilmar Da Silva dan Lee Tuck.
Selepas perlawanan akhir tamat, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mendesak Subkhiddin untuk meletak jawatan jika beliau tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Setelah tragedi pengadil di perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) membuat persetujuan dengan FAM untuk menubuhkan sebuah Badan Pengadilan Bebas.
Badan ini dibentuk bagi menambah baik kualiti pengadil tempatan dimana mereka akan bekerjasama dengan pengadil dari luar negara seperti pengadil dari Jepun. Pengadil tempatan juga akan dihantar bagi menghadiri kursus kepengadilan.
Subkhiddin sebelum ini menjelaskan pengadil tersebut layak untuk mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia dan beliau bukan dipilih secara tangkap muat ataupun sesuka hati.
Kemampuan Suresh untuk mengawal tekanan, pengalaman selama dua tahun menjadi pengadil dalam saingan Liga Malaysia serta hasrat FAM untuk mengketengahkan pengadil berbangsa India bagi mengendalikan perlawanan besar menjadi kriteria utama yang diambil kira oleh FAM.
Baca Juga: FAM, MFL Tubuhkan Badan Pengadilan Bebas