Suka Atau Tidak, Wajib Untuk Lepaskan Pemain!

Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh mencadangkan jika Datuk Ong Kim Swee tidak mendapat pemain yang beliau mahukan bagi pasukan bawah 23 tahun negara untuk menghadapi Sukan Asia 2018 nanti, OKS boleh menggunakan pemain dari skuad bawah 21 tahun. Penulis berpendapat, suka atau tidak suka, pasukan wajib untuk melepaskan pemain mereka.

Serbegeth menyatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak perlu mengemis dan menagih simpati kepada pasukan untuk melepaskan pemain mereka. Menurut beliau lagi, sudah ppasti akan timbul konflik pelepasan pemain kerana Sukan Asia bertembung dengan Piala Malaysia yang baru saja bermula.

Penulis berpendapat, pasukan dalam Liga Malaysia harus memberi sepenuh kerjasama jika pemain bawah 23 tahun mereka dipanggil untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Tugas untuk mewakili pasukan negara seharusnya menjadi keutamaan.

Pasukan juga tidak perlu bimbang sekiranya mereka harus melepaskan pemain bagi tugasan skuad kebangsaan. Kebanyakkan pasukan dalam saingan Liga Malaysia mempunyai squad depth yang baik. Jadi akan ada pemain yang boleh menggantikan tempat pemain yang dipanggil untuk sementara waktu.

Jadi suka atau tidak suka, pasukan wajib melepaskan pemain mereka untuk tugas bersama pasukan negara. Ini untuk memastikan Datuk Ong Kim Swee mempunyai skuad terbaik bagi memberi cabaran kepada pasukan lain dalam temasya tersebut.

Tambah Serbegeth, yang juga pengulas bola sepak di stesen televisyen tempatan dan juga antarabangsa berkata, andai Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menurunkan skuad terbaik, sasaran tinggi tidak seharusnya diletakkan dibahu OKS.

Menurut Serbegeth lagi, jangan letak sebarang tekanan terhadap pemain muda negara. Kita harus mempunyai rasa sedar diri. Jika kena belasah sekalipun, itu harga yang perlu kita bayar bagi memastikan pemain muda negara mendapat pendedahan yang secukupnya.

Walau apa pun, penulis berharap barisan muda negara dapar mara sejauh yang mungkin dalam temasya Sukan Asia kali ini. Temasya kali ini juga satu peluang yang baik untuk para pemain meningkatkan lagi tahap permainan mereka.

Baca Juga: Kekalkan Momentum Ini, Akhyar Dan Safawi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *