Sukar Untuk United Hambat City: Rooney

Wayne Rooney merasakan sukar buat bekas kelabnya, Manchester United untuk mengejar Manchester City yang berada jauh dipuncak liga pada musim ini dan juga hal yang sama mungkin berlaku pada musim hadapan kerana dia menganggap skuad kendalian Pep Guardiola itu menghampiri untuk bermain bola sepak yang sempurna.

City dalam kedudukan yang sangat baik untuk menjuarai LPI pada musim ini dengan mendahului 13 mata dengan pencabar terdekat dengan saingan berbaki hanya 12 perlawanan lagi.

Jose Mourinho juga akui City ketika ini tidak mampu dikejar mana mana pasukan untuk merebut gelaran juara liga, tetapi berharap dengan kehadiran Alexis Sanchez, yang juga menjadi sasaran City pada Januari, boleh membantu mereka merapatkan jurang dari segi kualiti antara musuh setempat itu.

Walaubagaimanapun, Rooney yang ditemu bual merasakan City yang masih dalam laluan untuk memenangi “quadruple” pada musim ini, City akan menjadi lebih kebal pada musim hadapan dengan bimbingan Guardiola yang semakin “serupa” dengan Barcelona dar segi semua aspek.

“Untuk mengejar City musim ini sememangnya tidak mampu dilaksanakan, tapi, secara jujurnya mereka juga akan semakin sukar mengejar mereka pada musim hadapan.” Ujar Rooney.

“City semakin hampir menyamai permainan setaraf dengan Barcelona sejak empat atau lima tahun yang lepas. Ia tidak wajar untuk saya katakan, tapi City menghampiri kesempurnaan dalam corak permainan mereka.

“Guardiola meletakkan asas gaya permainan Barcelona dalam taktikalnya dan pemain City telah melaksanakan dengan bagus. Kemungkinan akan ada satu atau dua pemain akan tiba dijendela perpindahan seterusnya dan terus akan menambah kualiti dalam pasukan mereka.”

Dalam pada itu, walaupun Rooney memberi pendapat sedemikian kepada bekas kelabnya, dia juga memuji United kerana Berjaya menyambar Alexis Sanchez dari Arsenal.

“Saya sangat yakin Sanchez adalah pemain yang tepat untuk Manchester United. Dia sangat agresif dan bersungguh ketika beraksi membuatkan dia akan menjadi aset besar untuk United.”

Artikel Oleh: Hadi

Ikuti kami juga di:
Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @lpi_my
Twitter: @LPI_MY

#LPIMY

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *