Sumareh Tenang Walau Belum Cipta Jaringan

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh berkata beliau masih tenang walaupun belum mencetak sebarang jaringan untukk Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

Setakat ini, Sumareh diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan negara sebanyak tiga kali dan hanya sekali sahaja beliau tidak beraksi buat Malaysia, lebih tepatnya ketika pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe menewaskan pasukan Laos di Bukit Jalil dengan keputusan 3-1.

Sumareh menambah, beliau lebih gembira apabila pasukan mendapat keputusan positif dan tidak terlalu memikirkan tentang rekod peribadi dalam kejohanan antarabangsa pertama beliau bersama Harimau Malaya.

“Saya lebih gembira sekiranya berjaya membantu pasukan mencatat kemenangan. Secara jujur, saya tidak kisah sekiranya gagal menjaringkan gol kerana mungkin masih belum rezeki saya untuk berbuat demikian.

“Mungkin sentuhan jaringan akan ditemui pada perlawanan seterusnya menentang Thailand nanti. Namun, ia bukanlah perlawanan yang mudah dan saya harap rakan-rakan ambil serius dan perlu lebih berdisiplin,” katanya menurut laporan Kosmo.

Jika dilihat daripada 3 perlawanan yang sudah dijalani oleh Sumare, pemain berusia 25 tahun ini menampilkan aksi yang baik dimana beliau berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan daripada bahagian sayap.

Kepantasan serta kelincahan Sumareh nyata menyukarkan barisan pertahanan untuk mengawal beliau. Lihat saja pada perlawanan terakhir pasukan kebangsaan ketika menewaskan pasukan Myanmar. Sumareh mudah unuk mengatasi pertahanan kiri Myanmar sekaligus melorongka bola ke arah pemain di barisan serangan pasukan negara.

Kelincahan pemain sayap Pahang ini sudah ditentu ditagih oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe bagi memastikan Malaysia mendapat kelebihan awal pada perlawanan separuh akhir pertama menentang pasukan Thailand Sabtu ini.

Selain cuba untuk mendapatkan kelebihan awal, pasukan negara juga harus memastikan Thailand tidak mendapat jaringan di tempat lawan yang boleh membantu mereka pada perlawanan separuh akhir kedua nanti.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 5 Disember nanti dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mula menjual tiket bagi perlawanan tersebut.

Baca Juga: Shahrel Fikri Mampu Jadi Senjata Berbahaya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *